Islamic Widget

Sabtu, 8 Jun 2013

Menuju Raudah XI (Ziarah II)

 
 Menunggu bas untuk aktiviti ziarah.
 
 
 Masjid Quba.
 
 
 
 Ruang rehat di ladang kurma.
 
 Suasana di pasar kurma.
 
 
 Kering hampir RS 270.00.
 Ziarah ke Jabal Uhud.
 
 
 
 Persekitaran Jabal Uhud.
 
 Jabal Uhud ini diriwayatkan sepanjang 10 km.
 Makam Syaidina Hamzah
 
 
 
 Perjalanan ke Pusat Percetakan Al-Quran sebelum pulang ke hotel untuk solat Zuhur di Masjidil Haram. Oleh kerana di dalam kawasan Pusat Percetakan Al-Quran dilarang untuk mengambil gambar maka tiadalah foto suasana di dalam pusat percetakan itu.
Balik ke hotel... shopping jubah sebab nak ke Makam Rasulullah malam nanti selepas Isyak. Dah berjanji dengan mutawil.

 Di sebelah malam kurang lebih jam 9:30 malam dengan berjubah baharu, aku dibawa oleh Ustaz Azhar Jaafar MENUJU KE TAMAN RAUDAH. Tanpa sebarang sekatan dan halangan perjalanan kami ke sana amat dipermudahkan oleh Allah SWT. Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki ku di taman ini.... air mata ku tidak dapat ditahan-tahan lagi..... Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan ku pada ketika itu. Syukur alhamdulillah dapat juga aku menjejaki kaki ku di dalam Taman Raudah... Janji syurga oleh Rasulullah kepada sesiapa yang mendatanginya.... Sebaik sahaja aku selesai Solat Sunat dan Solat Hajat di dalam Raudah, aku berkunjung pula ke Makam Rasulullah.... sekali lagi air mata ku gugur tidak dapat tertahan.....
Terima kasih Ustaz Azhar Jaafar, tanpa tuan mungkin saya tidak berpeluang masuk ke dalam Taman Raudah. Di belakang foto aku inilah letaknya Taman Raudah (tempat Polis berdiri) dan Makam Rasulullah.
Kami keluar dari makam Rasulullah terus ke Babus Salam, 3 Babus Syaidina Abu Bakar, Babus Siti Aisyah dan masuk melalui Babus Hijrah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat