Jam 6:47 pagi bersiap untuk ibadah Umrah kali ke dua.
Dalam perjalanan ke miqad di Hudaibiyah kami singgah ke ladang unta yang diusahakan oleh kaum Badawi.
Jam 7:30 pagi kami sampai ke ladang unta.
Walaupun jam baru sahaja menunjukkan 7:30 pagi tetapi suhunya tetap tinggi sekitar 42 Celsius.
Minum susu unta RS 5:00 sebotol (500ml). Sedappp.
Manja unta ini dan pandai berpossing.
Pengusaha sedang memerah susu unta dan dijual segar.
Mula berihram.
Pusat pameran dua masjid suci.
Jam besar boleh di lihat dari kejauhan disekitar bandar Mekkah.
Rehat sebentar sebelum mengerjakan ibadah Umrah kali ke dua (sebelum waktu Asar).
Solat Asar sekali lagi di hadapan Ka'abah tetapi jauh sedikit berbanding semasa Umrah pertama dahulu.
Upah Arab Yaman tolak kerosi roda. Upahnya RS 100.00.
My sister Hjh. Rahmah pun nak cuba tolak sama. Thanks sis, I love you.
Bukit Safa dari aras satu.
Relex jap.
Setibanya di Bukit Marwah sekitar jam 5:15 petang (setelah cukup 7 perjalanan), aku bertahalul menandakan tertib syarat Umrah. Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan