Hari ini aktiviti bebas kerana pemandu bas kami demam, jadi inilah masanya kami berdua window shopping. Seronok tapi kena keluar awal pagi 6:30 - 9:30 pagi kalau lebih daripada masa itu, suhu ada terlebih panas. Waktu pagi antara jam 6:00 - 9:30 pagi; suhu sekitar 41-43 Celsius. Jam 11:00 pagi - 5:00 petang suhu boleh mencecah 47-51 Celsius. Maklumlah sekarang ini musim panas di Mekkah.
Ada jugalah sehelai dua jubah Ikaf dan sekeping Zain sim card (RS 35.00) untuk berhubung dengan anak-anak di Malaysia sekadar menyatakan khabar.
Tukaran wang di Mekkah RM 100.00 = RS 116.00.
Tukaran wang di Madinah RM 100.00 = RS 120.00.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan