Islamic Widget

Isnin, 10 Jun 2013

Menuju Raudah XIII (Selamat Pulang Ke Tanah Air)

 Jam 12:02 tengah malam sudah berada di Terminal Hajj, Jeddah.... kapal terbang berlepas jam 8:30 pagi, semalaman ana tidak tidurlah. Badan terasa sangat letih.
 
 Jam 3:50 pagi sudah beratur untuk check-in...
 
 
 Laluan khusus untuk Zam Zam sahaja.
 
 Ana solat subuh di cafeteria terminal.
 3:24 petang... Tidur... bangun... tidur.... bangun... tidur lagi....
Akhirnya selamat sampai di LCCT Sepang pada jam 10:48 malam (waktu Malaysia).
Dari pagi di Jeddah (selepas penerbangan bermula) ana tidur sahaja sampailah mendarat di Malaysia. Pagi di Jeddah.... sudah larut malam di Malaysia. Panjang sungguh perjalanan ini. 
 Sedang mencari, menyusun dan mengira bagasi jemaah rombongan.
Jemaah yang sebilik dengan isteri ana.
Maka tamatlah perjalanan ana, isteri, adik, abang, ipar duai, saudara mara serta rakan serombongan Menuju Raudah (Syurga yang dijanjikan oleh Rasulullah kepada pengunjunnya). Semoga kami akan di jemput kembali sebagai tetamu Allah ke sana suatu hari nanti. (Menanam cita-cita 5 tahun lagi akan ke sana lagi.... sebab sekarang Masjidil Harram sedang dalam pembinaan dan pengubahsuaian pembesarannya)
Tidak lupa juga ucapan terima kasih ana kepada Mutawil kami Ustaz Azhar Bin Jaafar @ Ramli (IKIP International College)  .
Rindunya kepada Ka'abah, Makam Rasulullah dan Raudah.....

Ahad, 9 Jun 2013

Menuju Raudah XII

Suasana Solat Subuh di Masjidil Nabawi
Penuh seperti Solat Jumaat

Para jemaah keluar setelah selesai solat Subuh.
 

Sabtu, 8 Jun 2013

Menuju Raudah XI (Ziarah II)

 
 Menunggu bas untuk aktiviti ziarah.
 
 
 Masjid Quba.
 
 
 
 Ruang rehat di ladang kurma.
 
 Suasana di pasar kurma.
 
 
 Kering hampir RS 270.00.
 Ziarah ke Jabal Uhud.
 
 
 
 Persekitaran Jabal Uhud.
 
 Jabal Uhud ini diriwayatkan sepanjang 10 km.
 Makam Syaidina Hamzah
 
 
 
 Perjalanan ke Pusat Percetakan Al-Quran sebelum pulang ke hotel untuk solat Zuhur di Masjidil Haram. Oleh kerana di dalam kawasan Pusat Percetakan Al-Quran dilarang untuk mengambil gambar maka tiadalah foto suasana di dalam pusat percetakan itu.
Balik ke hotel... shopping jubah sebab nak ke Makam Rasulullah malam nanti selepas Isyak. Dah berjanji dengan mutawil.

 Di sebelah malam kurang lebih jam 9:30 malam dengan berjubah baharu, aku dibawa oleh Ustaz Azhar Jaafar MENUJU KE TAMAN RAUDAH. Tanpa sebarang sekatan dan halangan perjalanan kami ke sana amat dipermudahkan oleh Allah SWT. Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki ku di taman ini.... air mata ku tidak dapat ditahan-tahan lagi..... Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan ku pada ketika itu. Syukur alhamdulillah dapat juga aku menjejaki kaki ku di dalam Taman Raudah... Janji syurga oleh Rasulullah kepada sesiapa yang mendatanginya.... Sebaik sahaja aku selesai Solat Sunat dan Solat Hajat di dalam Raudah, aku berkunjung pula ke Makam Rasulullah.... sekali lagi air mata ku gugur tidak dapat tertahan.....
Terima kasih Ustaz Azhar Jaafar, tanpa tuan mungkin saya tidak berpeluang masuk ke dalam Taman Raudah. Di belakang foto aku inilah letaknya Taman Raudah (tempat Polis berdiri) dan Makam Rasulullah.
Kami keluar dari makam Rasulullah terus ke Babus Salam, 3 Babus Syaidina Abu Bakar, Babus Siti Aisyah dan masuk melalui Babus Hijrah...

Jumaat, 7 Jun 2013

Menuju Raudah X

Al Majeedi Arac Suites
 Apartment ana bernombor 1323. Tingkat 13 lah tu. Besar, 3 bilik tapi ana kena tidur luarlah
 
 
 Pasar lambak tepi apartment ana sebelum melangkah masuk ke Masjid Nabawi.
 Peniaga wanita (semuanya berjubah hitam) sibuk memperagakan jualan dan melayan pelanggan.
 
 Apartment ana betul-betul di belakang Masjid Nabawi.
 
Menanti masuk waktu Maghrib. 
 
 Suasana di dalam Masjid Nabawi..... sejuk.
 
 Syiling di Masjid Nabawi. Indah bercahaya keemasan.
 
 
 Waktu malam payung di tutup. Indahnya Masjid Nabawi di waktu malam.
 
 
 
 
 Lepas solat Maghrib rasa lapar..... KFC Burger RS 20:00. Ermmm
 
 Di Kota Madinah ini ada Rumah Makan Indonesia.
Ana jalan sorang-sorang keliling kota.... takde rasa takut, tenang sahaja.

 
Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat