Islamic Widget

Selasa, 7 September 2010

Test Drive 5D MkII Dengan 17-40mm f/4

Tanggal 31 Ogos 2010 yang lalu merupakan peluang terbaik untuk aku memandu uji 5D MkII bersama 17-40mm f/4 ku. Kebetulan pula anak bongsuku tidak pernah menyaksikan acara sambutan Hari Kemerdekaan secara langsung, maka inilah kesempatan yang aku ambil untuk membawanya bersama. Hasilnya seperti di bawah ini dengan tanpa di'edit'.
Shoot dengan 17mm. Shoot dengan 40mm.
Acara simbolik dengan melepaskan burung merpati. Gembira anakku Adam melihat merpati terbang bebas.
Acara memukul Gendang Cina bermula.
Dengan pelbagai formasi.
17mm.
40mm dari lokasi yang sama.
Semua bangsa dan keturunan rakyat Malaysia turut serta menjayakan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-53 yang diadakan di Mini Stadium Daerah Mersing.
Puteriku juga tidak ketinggalan menyertainya bersama dalam acara perbarisan.
Antara peserta perbarisan yang turut serta.
Lagi antara formasi menarik dari kumpulan gendang.
Dewan Jubli Intan Mersing serta Menara Jam Mersing.
Bulan Ramadhan tidak menghalang kami anak-beranak menyaksi dan menyertai acara Sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat