Islamic Widget

Sabtu, 11 September 2010

Rumah Terbuka FB Anak Mersing

Tanggal Syawal 1431H bersamaan 11 September 2010 jam 8:30 malam telah berlangsung Majlis Rumah Terbuka FB Anak Mersing bertempat D'Teko Mersing. Kehadiran tetamu dianggarkan tidak kurang dari 150 orang. Ini merupakan satu program yang julung-julung kalinya diuruskan oleh kumpulan FB Anak Mersing. Atas kesedaran serta kesungguhan 4 orang Anak Mersing ini, telah berjaya memanggil pulang serta mengumpul anak-anak Mersing yang komited di bawah satu bumbung dengan tidak membezakan peringkat umur serta latar belakang pendidikan, FB Anak Mersing telah berjaya dalam misinya ini. Visi Anak Mersing adalah hendak melihat anak-anak Mersing menerima limpahan pembangunan yang sedang rancak berkembang di daerah ini.
Berikut ini saya rakamkan suasana di Majlis Rumah Terbuka FB Anak Mersing.
Para tetamu sedang mendengar ucapan pembukaan Majlis Rumah Terbuka FB Anak Mersing oleh Tuan Hj. Abdul Rahman Bin Sabri.
Selain merupakan otai anak Mersing, Uncle Abdul Rahman adalah anak kepada seorang peneroka Felda Endau yang begitu bersemangat serta teruja dengan sambutan yang diberikan oleh anak-anak Mersing yang hadir dan berharap program seperti ini akan menjadi sebagai acara tahunan dalam kalender FB Anak Mersing.
Para hadirin sedang sibuk bertegur sapa serta berbual mesra dengan rakan-rakan yang telah lama tidak berjumpa. Ada di antara jemputan yang tidak pernah bersua lebih 30 tahun kini dapat bertemu kembali sambil mengimbau kenangan silam di zaman kanak-kanak dan persekolahan.
Seolah-olah Program Menjejak Kasih.
Saudara Sahar bersama isteri dan anak perempuan mereka.
Para jemputan tidak melepaskan peluang menikmati Nasi Dagang Mersing yang sungguh enak.
Saudara Din G dan Hj Najib beramah mesra sambil Saudara Ghafar sedang enak menikmati juadah Nasi Dagang Mersing.
Silalah pilih mana suka.
Antara hadirin yang sedang menikmati juadah Hari Raya.
Pelbagai topik perbualan diutarakan demi memajukan anak Mersing. Rakan-rakan dari kaum lain turut serta meraikan Majlis Rumah Terbuka FB Anak Mersing ini.
Dua buah kanopi turut disediakan.
Seronok bertemu rakan lama.
Suasana malam berkenaan amat baik sekali.
Antara anak Mersing yang hadir.
Ada di antara mereka yang terbang dari Sabah pulang ke Mersing semata-mata ingin turut serta di dalam majlis ini.
Utara, selatan, timur dan barat berkumpul di bawah satu bumbung Anak Mersing.
Anak-anak kecil turut merasakan kemeriahan di majlis ini.
Gelak ketawa kedengaran di sana sini.
Antara golongan remaja Anak Mersing.
Bermulanya acara bergambar kenangan beramai-ramai. Oleh kerana terlalu ramai dengan ruang yang agak terhad maka sesi foto ini dibuat dalam 2 kumpulan besar serta kumpulan kecil mengikut tahun kelahiran.
Sesei bergambar meniku tahun kelahiran.
1966
1964
Saudara Mohd Said Bin Hj. Tahir.
"Din T, sekali lagi Lu buat 'Sliding Teckel', Wa tak agak-agak beri Lu Kad Merah sebab Talib Senu yang suruh." kata Amin kepada Zainudin sambil diperhatikan oleh Tuan Hj. Abdul Rahim, Saudara Kamal Mohamad dan Saudari Siti Hajar. Agaknya topik perbualan mereka.
Inilah Saudara Kamal Mohamad yang merupakan salah seorang daripada tulang belakang FB Anak Mersing. Tahniah serta jutaan terima kasih kami ucapkan kepada saudara serta rakan-rakan seperjuangan yang lain. Sesungguhnya kami anak-anak kelahiran Mersing, amat terhutang budi di atas komitmen yang ditunjukkan oleh saudara semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat