Islamic Widget

Jumaat, 10 September 2010

Salam Aidilfitri & Selamat Hari Lahir

Fajar Syawal terbit sekali lagi. Syawal tahun ini merupakan Syawal paling sibuk & meriah sekali dalam catatan diari kami sekeluarga dengan kunjungan adik beradik, ipar duai serta saudara mara dari jauh dan dekat. 1 Syawal tahun ini lebih bererti lagi kerana tarikh ini juga merupakan tarikh Hari Lahir bagi abang serta puteriku. Kebetulannya mereka berdua mempunyai tarikh lahir yang sama iaitu 10 September.
Menjamah makanan selepas pulang dari Solat Sunat Aidilfitri.

Selepas mengisi perut berbual kosong sambil menunggu kunjungan tetamu.

Menerima Ucapan Selamat Hari Raya & bermaaf-maafan dari anak-anak berlima + satu. Dimulai oleh anakanda yang pertama hingga yang ke lima.










Eee... gatal telinga Adam kena misai Ayah.



Setelah bersalaman & bermaafan kami sekeluarga berkunjung ke rumah ibu & abang saya di Taman Wawasan.

Emmmm.... duit raya dari Nenek & Pak Long.

Isteri tercinta.

Ibu tersayang.


Saudara sepupu.
Bersama anakanda lelaki.

Kek Hari Lahir yang dibuat sendiri oleh kakak iparku untuk suaminya.

Apa agaknya yang diusik oleh Kak Long Aisyah kepada Adam.

Abang dan kakak ipar ku.
Selamat Hari Lahir Ke-53 Pak Long.

Pak Long pandang belakang jap.... klik. Candid shoot untuk Pak Long.

Mereka berdua mempunyai tarikh lahir yang sama 10 September.

Abang, Ibu & Aku.

Bergambar bersama ninda tersayang.


Sepupu lelaki.

Sepupu perempuan.

Nak tengok duit raya Adam?

Bersama nenek & bapa saudara sebelah ibu kami.

Sepupu dari keluarga ibu.

Menerima kunjungan dari iparku.

Sup tulang....
Turut berkunjung anak-anak jiranku.

Adik iparku turut membantu membakar satay.

Jom makan satey.
Pehhh... sedapnya sup tulang ni... kata adik iparku.

Ibu mentua bersama anak bongsunya.

Dah puas dengan sup tulang, nak rasa cholate dari Lubnan pula.

Buah kurma segar juga dari Lubnan.

Cik Aye bakar satay sendiri.

Emmmmm... sedapnya, tak sabar Adam.
Kek Hari Lahir untuk Era, Eqah dan Adam ditaja oleh Kak Mas.

Selamat Hari Jadi........

Sambut ulang tahun kelahiran 3 dalam satu.
22 Ogos, 10 September & 15 September.





Terima hadiah dari Kak Mas & Abang Jimai. Terima kasih.

Kunjungan dari keluarga Kak Idah. 9 orang anak & 3 orang cucu.

Kak Idah memang pandai berjenaka, tergelak kami suami isteri mendengar celotehnya.

Bakar lagi satey.


Kunjungan keluarga dari Kluang.


2 orang abangku.

Turut datang berkunjung adikku Rizal bersama keluarganya.

Anak-anak saudaraku.

Walaupun kami berlainan agama tetapi pertalian darah tidak boleh diputuskan.

Ibuku bersama adiknya. Ivy ni memang suka interframe.


Kakak & adik. Walaupun dekat tetapi jauh. Setahun sekali baru jumpa.


Bersama isteri sepupuku, Ivy.

Keluarga Pak Cik Ah Meng ini pasti datang berkunjung setiap tahun di Aidilfitri.

Bila lama tidak berjumpa semestinya banyak topik perbualan.



Mereka sudah boleh berkomunikasi.
Abang Asat.

Di luar serta di perkarangan rumah dipenuhi oleh sanak saudara.



Satey ada lagi, cukup sampai malam.



Adam sekarang dah boleh berbahasa manderin.

Anakku Mas ni memang suka budak-budak. Tengoklah tuuuu....

Hari raya tahun ini, Angah bergaya dengan kereta baru.

Tumpang possing dengan RX8.

Eqah nak jugak...
Bila malam berlabuh tibalah masanya Adam bersama sepupunya bermain bunga api.
Mercun? Tak boleh.


SUASANA 2 SYAWAL 1431 HIJRAH

Adam & Angah.




Angah bersama Nabila adik sepupunya.

Masa bila pulak dia orang shoot foto aku ni. Tak perasan pulak.

Mas bersama adik kesayangannya Adam Shah.


Cik Aye pun nak berpossing dengan kereta Angah. Merc tak merajuk ke?

Lama tak jumpa Mak Mok.

Waris Cik Aye, Asraf.

Berapa duit raya tahun ni? Shhhhhh......... tiba rumah baru bukak sampul.

Mencuba DSLR yang baru di beli. Tengok pada cara pegang tu boleh tahan tapi bila shoot belum tahu lagi... heh.... heh.... Jangan marah... nanti kena jual.

Kek Hari Jadi Eqah di taja oleh Chu Amah. Wah banyak kek hari jadi Eqah Tahun ni.

Sukanya dia....



Tambah lagi setahun umur anak ayah.




Shoot DSLR guna view finder lah dek.... kataku kepada adindaku. Oh ye ke, jawabnya.
Meh Chu suap.

Aisyah, anak adik iparku.

Haaaaa.... Ucu bawak awek balik jumpa mak eaaa..... Dating kat Zoo lagi ke, Ucu?

Bersama adik isteriku.
Lama tak jumpa Cik Lihak....

Keluarga dari Johor Bahru. Abang Malik, isteri serta anak-anaknya.

Keluarga dari Batu Pahat.
Sesungguhnya mereka berdua ini memang rapat. Warna baju Angah ikut orang Key Eal. Ish... ish.... ish..... ish........... hai si bujang ayah niiiii..... Jangan lupa jalan balik Mersing dah lahh........
Setahun sekali susah nak jumpa.


Cik Li dari Selangor.
Entah ape yang diperkatakan oleh Adam kepada nindanya sehingga semua orang memandang kearahnya.
Ehh... mudanya mak saudara Eqah.
Aidilfitri tahun ini penuh dengan aktiviti kekeluargaan. 95% foto shoot kali ini dilakukan oleh puteriku Mahirah Amirah. Baru berusia 11 tahun dengan menggunakan Canon 50D dan lens 17-85mm kepunyaan puteraku Ahmad Shah (Angah).
Jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat