Islamic Widget

Ahad, 12 Disember 2010

Selamat Hari Lahir Angah

Tepat waktunya ketika Azan Zohor puteraku lahir ke dunia 20 tahun lalu. Hari Rabu 12 Disember 1990. Kepulanganku selepas tamat waktu bekerja disambut oleh puteri sulongku seraya berkata "Ayah... Ayah ibu dapat adik!" belum sempat aku turun dari kenderaanku. Gembiranya hati bukan kepalang kerana lahirnya seorang putera.
Ketika menghantar puteraku untuk menjalani PLKN di Gunung Benom, Raub, Pahang.
Aidilfitri 1431H

Tidak dapat menyambut hari lahirnya kerana telah bertugas jauh dari keluarga. InsyaAllah tahun depan kami sekeluarga akan membuat persiapan menyambutnya.
Selamat Hari Lahir anakanda ucapan dari Ayah, Ibu, Kakak serta adinda-adinda kamu. Semoga perjalanan hidupmu sentiasa mendapat keberkatan dan dilindungi Allah S.W.T. Ayahanda & Bondamu sentiasa mendoakan serta merestuimu.





Khamis, 9 Disember 2010

TT & Cubaan Light Trail

Percubaan pertama saya mengambil foto "night trail" bersama rakan-rakan Fandi dari Kluang, Nasir & Ayed dari Endau dan Budiman dari Langkawi, di sekitar Bandar Tepian Sungai, Bulatan Mersing serta Jambatan Sungai Mersing.








Setelah puas dengan aktiviti tersebut, tekak terasa kering. TT sekali lagi.

Berbincang tentang hasil yang diperolehi.

Perkumpulan kami tamat pada jam 1:08 pagi.

Selasa, 7 Disember 2010

Bengkel Potret Perkahwinan K'FOSE LandMark Hotel Batu Pahat

Pada 7 Disember 2010 saya telah menghadiri Bengkel Potret Perkahwinan Anjuran K'FOSE di LandMark Hotel Batu Pahat. Dua orang fasilitator telah menerajui bengkel ini iaitu Saudara Mohd Salme Mohd Ali dan Saudara Ithnin Rahmat. Kedua-dua mereka ini merupakan fotograper perkahwinan yang tidak asing lagi di negeri Johor.

Sebelum bengkel dimulakan kami di jamu selera makan tengahari Ikan Merah Asam Pedas, Warong Warisan Bonda, Batu Pahat.

Bengkel dimulakan oleh ucapan penganjur dan seterusnya perbengkelan Potret Perkahwinan dimulakan oleh Saudara Ithnin Rahmat.

Saudara Mohd Salme mempersilakan para peserta benkel untuk sebarang pertanyaan & persoalan.

Saya turut tidak melepaskan peluang mengemukakan pertanyaan berkaitan komposisi atau posture badan serta penggunaan flash di dalam dewan.
Saudara Mohd Salme menjawab persoalan yang saya kemukakan cara penggunaan flash dengan cara yang betul.

Saudari Alyza dari Foto Studio 2U, Parit Raja, turut mengemukakan pertanyaan.
Para peserta yang turut serta dalam bengkel berkenaan.

Peserta sedang mengaplikasikan apa yang telah diajar serta dicadangkan oleh para fasilitator.

Pertama kali menggunakan studio flash.
Dua gambar ini saya ambil dengan menggunakan Studio Flash selepas mendapat tunjuk ajar dari Saudara Mohd Salme
Lens 50mm f1.8, Tv 125, Av 10 & ISO 200.
Gambar-gambar seterusnya adalah aktiviti sepanjang bengkel diadakan.
Tekun mendengar tunjuk ajar Sifo.


Saudara Ithnin fasi bagi penggayaan pengantin.



Saudara Ithnin sibuk menerangkan pengayaan posture badan.












Menurut Saudara Ithnin seseorang jurufoto mesti mengetahui kebudayaan sesuatu kaum sebelum dapat merakam penggayaan yang betul bagi satu-satu jenis pakaian contohnya pakaian India, China, Korea, Jepun, Melayu, Jawa, Bugis, Inggeris, Belanda & sebagainya.








Berikut ini adalah 5 shot terakhir saya menggunakan studio flash. Lens 24-105 f4, Tv 125, Av 10 & ISO 200.
1
2
3
4
5















Seterusnya menerima Sijil Penyertaan dari K'FOSE.
Saudara Afendi Hassan dari DVD.COM

Dr. Ahmadol Mohd Yusof sahabat lama semasa di SM Sains Johor. Hampir 27 tahun tidak bertemu.


Akhir kalam saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada K'FOSE, Saudara Mohd Salme Mohd Ali, Saudara Ithnin Rahmat serta Saudara Afendi Hassan dan tidak lupa juga kepada sahabat saya Dr. Ahmadol Mohd Yusof semoga persahabatan kita terus kekal abadi.


Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat