Islamic Widget

Isnin, 10 Jun 2013

Menuju Raudah XIII (Selamat Pulang Ke Tanah Air)

 Jam 12:02 tengah malam sudah berada di Terminal Hajj, Jeddah.... kapal terbang berlepas jam 8:30 pagi, semalaman ana tidak tidurlah. Badan terasa sangat letih.
 
 Jam 3:50 pagi sudah beratur untuk check-in...
 
 
 Laluan khusus untuk Zam Zam sahaja.
 
 Ana solat subuh di cafeteria terminal.
 3:24 petang... Tidur... bangun... tidur.... bangun... tidur lagi....
Akhirnya selamat sampai di LCCT Sepang pada jam 10:48 malam (waktu Malaysia).
Dari pagi di Jeddah (selepas penerbangan bermula) ana tidur sahaja sampailah mendarat di Malaysia. Pagi di Jeddah.... sudah larut malam di Malaysia. Panjang sungguh perjalanan ini. 
 Sedang mencari, menyusun dan mengira bagasi jemaah rombongan.
Jemaah yang sebilik dengan isteri ana.
Maka tamatlah perjalanan ana, isteri, adik, abang, ipar duai, saudara mara serta rakan serombongan Menuju Raudah (Syurga yang dijanjikan oleh Rasulullah kepada pengunjunnya). Semoga kami akan di jemput kembali sebagai tetamu Allah ke sana suatu hari nanti. (Menanam cita-cita 5 tahun lagi akan ke sana lagi.... sebab sekarang Masjidil Harram sedang dalam pembinaan dan pengubahsuaian pembesarannya)
Tidak lupa juga ucapan terima kasih ana kepada Mutawil kami Ustaz Azhar Bin Jaafar @ Ramli (IKIP International College)  .
Rindunya kepada Ka'abah, Makam Rasulullah dan Raudah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat