Islamic Widget

Selasa, 20 Oktober 2009

Harian Metro Edisi Johor 20 Oktober 2009

Atas permintaan ramai dari kaum keluarga yang tidak dapat melanggan Harian Metro Edisi Johor keluaran 20 Oktober 2009, saya mengambil inisiatif sendiri untuk tatapan mereka.
Sila klik artikel untuk membacanya.
Semoga dengan tersiarnya keratan berita berkenaan dalam blog saya ini dapat meredakan keresahan dikalangan ahli keluarga saya.

Isnin, 12 Oktober 2009

Hari Keluarga Anak-anak Haji Ramli Bin Haji Othman


Setelah segala perancangan rapi dilakukan maka berlansunglah satu majlis besar-besaran Hari Keluarga Anak-Anak Allahyarham Haji Ramli Bin Haji Othman di KM Chalet, Melaka pada 9 - 11 Oktober 2009. Suasana tenang di pantai Kuala Sg. Baru berganti hiruk pikuk suara anak-anak, cucu-cucu serta cicit-cicit Haji Ramli.
Best... hap..pening habisss...

Penaja rasmi hari keluarga ini sedang merenung awan di langit. Insya Allah jika diizinkan, musim haji tahun ini mereka akan menjadi Tetamu Allah pula.
Indah sungguh melihat suasana matahari terbenam di Selat Melaka.
Pada jam 8:30 malam rombongan yang menaiki bas mula tiba dengan selamatnya setelah tersesat beberapa kali (3 buah bas kesemuanya).
Teringat aku ketika zaman remaja ku, arwah ayahanda ku pernah membawa kami sekeluarga melancong ke Pulau Pinang 4 hari 3 malam. Masa tu.. sewa satu bas sahaja dah cukup.
Kini kami pula cuba mengikuti apa yang telah ayahanda kami korbankan untuk kami.
Dengan cara gathering begini diharapkan dapat merapatkan lagi kemesraan antara kami.
Ibu serta abang ke-2 kami.
Abang sulong kami dah lama kembali kepadaNya (1985).
Waktu bersarapan pagi penuh satu dewan makan (kena 2 shift). Ramai gilerrr...
Semua sibuk interframe

Sukaneka acara tiup belon kanak-kanak; bingit bukan kerana suara anak-anak tapi suara mak anak. Mak anak lebih dari anak yang masuk acara. Pehh...
Acara isi air dalam botol. Go... Adam go...
Kan... aku dah kata, mak anak lebih dari anak. Melawan pengadil pulak tuu...
Abang-abang serta kakak ku, geli hati melihat gelagat anak-anak serta cucu-cucu mereka.
Acara tutup telinga...
Puteri ku turut bertanding dalam sukaneka.

Go... Mahirah go...
Habis acara sukaneka tiba masa untuk acara mandi laut.
Walau bagaimanapun keselamatan kanak-kanak tetap menjadi keutamaan. Ada AJK Kawalan & Keselamatan.
Putera Bongsu ku Adam Shah
Putera Sulong ku menjadi paparazi (dah boleh ganti tempat ku).
Bonda ku melihat gelagat cucudanya.
Acara sukaneka bagi kaum ibu pula... wah... lari macam sprinter Muntaz Jaffar gitu.
Acara Terompah Gergasi.

Di penghujung hari ditutup dengan senaman Poco-poco yang diketuai oleh anak saudara ku Rozila.

Wajah-wajah cicit ayahanda ku.
Sedang melihat senaman poco-poco.
Keluarga dari abang sulong ku Allahyarham Abdul Kadir.
Keluarga anak ke-2, Mohd Asat.
Keluarga anak ke-3, Haji Kamarludin.
Keluarga anak ke-6, Sapiah.
Keluarga anak ke-7, Abdul Nasir.
Keluarga anak ke-9, Norsidah.
Keluarga anak ke-10, Mohd Khir.
Keluarga anak ke-11, Rahmat.
Keluarga anak ke-13, Shah Rijal.
Anak ke-15, Mohd Najib bersama isteri.
Pengacara Majlis Mohd Khir dan isteri anak saudaranya Ashura.
Ucapan terima kasih dari Pengerusi Majlis.
Ucapan dari Penaja Majlis.

Sedang mendengar ucapan dari penaja. Banyak nasihat yang telah disampaikan oleh pihak penaja.

Menerima cenderamata dari pengusaha chalet.
Acara memberi cenderamata dari pihak penaja kepada anak-anak serta cucu-cucu di bawah umur 15 tahun.
Yang nii.. bukan remaja tetapi wakil kepada anaknya yang remaja.

Menerima sebagai wakil anak.

Isteriku pun dapat hadiah cabutan bertuah.
Puteri ku Mahirah Amirah pun dapat juga hadiah cabutan bertuah.
Pengerusi majlis pun dapat jugak...
Menerima hadiah pertandingan acara sukaneka.
Cicit Sulong Ayahanda ku.
Putera Sulong ku Ahmad Shah pun dapat hadiah cabutan bertuah.
(Hadiah Utama pulak tuu..)
Malam tu keluarga ku dapat 3 hadiah cabutan bertuah.
Pasangan suami isteri bergojet sambil berkaraoke.
Bergambar kenangan di hadapan chalet penginapan ku sebelum berangkat pulang. Wah... gembiranya putera-putera ku sampai terlompat-lompat.
Insya Allah jika dimurahkan rezeki kita akan buat lagi program hari keluarga seperti ini.
Harap-harap ada penaja dari kalangan cucuanda pula.
Al-Fatihah untuk ayahanda kami Haji Ramli Bin Haji Othman
(1925-1996)
Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat