Islamic Widget

Selasa, 7 Disember 2010

Bengkel Potret Perkahwinan K'FOSE LandMark Hotel Batu Pahat

Pada 7 Disember 2010 saya telah menghadiri Bengkel Potret Perkahwinan Anjuran K'FOSE di LandMark Hotel Batu Pahat. Dua orang fasilitator telah menerajui bengkel ini iaitu Saudara Mohd Salme Mohd Ali dan Saudara Ithnin Rahmat. Kedua-dua mereka ini merupakan fotograper perkahwinan yang tidak asing lagi di negeri Johor.

Sebelum bengkel dimulakan kami di jamu selera makan tengahari Ikan Merah Asam Pedas, Warong Warisan Bonda, Batu Pahat.

Bengkel dimulakan oleh ucapan penganjur dan seterusnya perbengkelan Potret Perkahwinan dimulakan oleh Saudara Ithnin Rahmat.

Saudara Mohd Salme mempersilakan para peserta benkel untuk sebarang pertanyaan & persoalan.

Saya turut tidak melepaskan peluang mengemukakan pertanyaan berkaitan komposisi atau posture badan serta penggunaan flash di dalam dewan.
Saudara Mohd Salme menjawab persoalan yang saya kemukakan cara penggunaan flash dengan cara yang betul.

Saudari Alyza dari Foto Studio 2U, Parit Raja, turut mengemukakan pertanyaan.
Para peserta yang turut serta dalam bengkel berkenaan.

Peserta sedang mengaplikasikan apa yang telah diajar serta dicadangkan oleh para fasilitator.

Pertama kali menggunakan studio flash.
Dua gambar ini saya ambil dengan menggunakan Studio Flash selepas mendapat tunjuk ajar dari Saudara Mohd Salme
Lens 50mm f1.8, Tv 125, Av 10 & ISO 200.
Gambar-gambar seterusnya adalah aktiviti sepanjang bengkel diadakan.
Tekun mendengar tunjuk ajar Sifo.


Saudara Ithnin fasi bagi penggayaan pengantin.



Saudara Ithnin sibuk menerangkan pengayaan posture badan.












Menurut Saudara Ithnin seseorang jurufoto mesti mengetahui kebudayaan sesuatu kaum sebelum dapat merakam penggayaan yang betul bagi satu-satu jenis pakaian contohnya pakaian India, China, Korea, Jepun, Melayu, Jawa, Bugis, Inggeris, Belanda & sebagainya.








Berikut ini adalah 5 shot terakhir saya menggunakan studio flash. Lens 24-105 f4, Tv 125, Av 10 & ISO 200.
1
2
3
4
5















Seterusnya menerima Sijil Penyertaan dari K'FOSE.
Saudara Afendi Hassan dari DVD.COM

Dr. Ahmadol Mohd Yusof sahabat lama semasa di SM Sains Johor. Hampir 27 tahun tidak bertemu.


Akhir kalam saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada K'FOSE, Saudara Mohd Salme Mohd Ali, Saudara Ithnin Rahmat serta Saudara Afendi Hassan dan tidak lupa juga kepada sahabat saya Dr. Ahmadol Mohd Yusof semoga persahabatan kita terus kekal abadi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat