Islamic Widget

Rabu, 2 Disember 2009

Setahun Sudah Berlalu

Cuti Disember 2008, aku berkesempatan membawa family ku ke Paya Jaras, Bandar Baru Sungai Buluh, Serdang dan Putra Jaya. Sebenarnya perancanganku hingga ke Tanjung Karang tetapi oleh sebab teknikal aku terpaksa batalkan percutianku ke Tanjung Karang.
Bergambar kenang-kenangan bersama Kak Wok (bukan nama sebenar) bekas tuan rumah tempat aku menyewa semasa aku berkhidmat di Kepong Baru, Kuala Lumpur. Di rumah sewanyalah puteri sulongku dilahirkan.
Abang Idris; satu nama yang tidak akan aku lupakan, Abang Idris ini banyak membantu aku semasa aku diperantauan. Jasa baik abang sekeluarga tidak akan kami lupakan. Abang Idris ni gemar memancing, daripadanyalah aku belajar menjala ikan sepat di kawasan tasik dan lombong disekitar Kuang & Batang Berjuntai, menjaja air kelapa muda di jalan Sg. Pencala dan berniaga kuih di pasar malam sekitar TTDI.
Selain itu termasuklah Saudara Solahuddin sekeluarga (dah pindah balik Kedah) Kak Rosni sekeluarga (juga dah balik Kedah), Kak Rohana Sekeluarga (Bandar Baru Sg. Buluh), Kak Ana & Abang Sharp sekeluarga dan Abang Wari sekeluarga.

Bergambar kenangan bersama anak saudara serta cucu saudara di hadapan bangunan kerajaan di Putera Jaya.
Di Bulatan Putera Jaya
Isteriku
Anak saudaraku Rozila bersama suaminya Idris.
(keras aje possingnya macam orang berkawat)
Puteriku Mahirah
Putera Bongsuku Adam Shah
Cantik beg tangan
Kedua orang puteriku Mas & Eqah
Bersama isteri tercinta
Jika dahulu aku disumbatkan maklumat sejarah, sebut sahaja Kuala Lumpur maka terpacullah nama Yap Ah Loy tetapi kini sebut sahaja Putera Jaya maka sinonimlah dengan nama Mahathir Mohamed (wah... bangganya aku)
Sekitar Tasik Putera Jaya.


Senja di Putera Jaya
Walaupun lawatan kami ke Putera Jaya tidak menyeluruh tetapi memadailah.
Hari berikutnya pula aku membawa familyku melawat ke Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan. Ini merupakan lawatan peribadiku kali ke-2, sebelum ini aku pernah ke sini pada tahun 1985 (masih bujang) bersama rakan serumah semasa menuntut di Key El dulu. Kali ini aku bersama family pula. Seronok melihat gelagat anak-anakku. Banyak persoalan yang dikemukakan oleh mereka. A..ku..... layaannn ajee...
Dari jendela istana.

Kawasan Taman Istana.
Gambar kenang-kenangan di dalam istana.
Bilik Beradu.
Ruang Santap.





Turun tangga dari tingkat atas.
Bergambar kenangan di ruang santap di raja.

Ruang pameran istana

Bergambar kenangan di hadapan istana.


Bergambar kenangan bersama isteriku di perkarangan Istana Seri Menanti.

Kenderaan Rasmi Keluargaku. Banyak jasanya. Tak pandai meragam, petrol pun jimat; boleh bawa kami lebih jauh (lebih km). Walaupun hanya van pasar malam tapi aku berbangga menjadi tuannya. Alhamdulillah syukur dengan nikmat Allah. Sekurang-kurangnya kenderaanku tidak pernah menyusahkanku. Start, jalan, Insya Allah sampai.

Rabu, 25 November 2009

10 Zulhijjah 1430 = 27 November 2009

Selamat Menyambut Aidiladha kepada semua rakan taulan serta umat Islam seluruh dunia. Selamat menjalankan Ibadah Haji kepada mereka yang ke Tanah Suci Makkah serta selamat menjalankan Ibadah Korban tidak kira di mana anda berada.

Khamis, 5 November 2009

Kawan Lama : 1

Pada tarikh 28 & 29 Oktober 2009 yang lepas, aku telah menghadiri Kursus Membina Bahan Multimedia (Video Koporat) yang dikendalikan oleh 2 orang fasilitator.
Tanpa ku sedari salah seorang daripada fasi itu merupakan teman lamaku yang telah lama tak jumpa iaitu Saudara Ibrahim Abd Rahman dari Pekan Nanas.
Sebenarnya pada hari berkenaan Allah telah mempertemukan aku dengan 2 orang sahabat lamaku, seorang lagi ialah Saudara Salamon dari Cheras, Kuala Lumpur. Namun aku tak sempat bergambar dengannya kerana kesuntukan masa dan terkejut. Nanti aku cuba cari gambar lama dengannya semasa sama-sama kami menuntut di UTM Skudai dahulu.
(Gambar terbaru kami 29 Oktober 2009)
Aku benar-benar tak menyangka akan bertemu sahabat ku ini. Subhanallah.
Dulu-dulu berkursus bawa mesin taip; kemudian angkut PC; nah sekarang sandang laptop aje. Betapa pesatnya perubahan zaman.

Ini gambar kami semasa berkursus Microsoft Office di Orkid Hotel, Melaka pada 7 - 11 Mei 2001.

(2 minggu sebelum aku di serang penyakit misteri - lumpuh seluruh anggota badan. Doktor kata nama penyakit yang ku hidapi ialah Gullan Barry Syndrom. Aku mula lumpuh pada waktu subuh 25 Mei 2001)

Selasa, 20 Oktober 2009

Harian Metro Edisi Johor 20 Oktober 2009

Atas permintaan ramai dari kaum keluarga yang tidak dapat melanggan Harian Metro Edisi Johor keluaran 20 Oktober 2009, saya mengambil inisiatif sendiri untuk tatapan mereka.
Sila klik artikel untuk membacanya.
Semoga dengan tersiarnya keratan berita berkenaan dalam blog saya ini dapat meredakan keresahan dikalangan ahli keluarga saya.

Isnin, 12 Oktober 2009

Hari Keluarga Anak-anak Haji Ramli Bin Haji Othman


Setelah segala perancangan rapi dilakukan maka berlansunglah satu majlis besar-besaran Hari Keluarga Anak-Anak Allahyarham Haji Ramli Bin Haji Othman di KM Chalet, Melaka pada 9 - 11 Oktober 2009. Suasana tenang di pantai Kuala Sg. Baru berganti hiruk pikuk suara anak-anak, cucu-cucu serta cicit-cicit Haji Ramli.
Best... hap..pening habisss...

Penaja rasmi hari keluarga ini sedang merenung awan di langit. Insya Allah jika diizinkan, musim haji tahun ini mereka akan menjadi Tetamu Allah pula.
Indah sungguh melihat suasana matahari terbenam di Selat Melaka.
Pada jam 8:30 malam rombongan yang menaiki bas mula tiba dengan selamatnya setelah tersesat beberapa kali (3 buah bas kesemuanya).
Teringat aku ketika zaman remaja ku, arwah ayahanda ku pernah membawa kami sekeluarga melancong ke Pulau Pinang 4 hari 3 malam. Masa tu.. sewa satu bas sahaja dah cukup.
Kini kami pula cuba mengikuti apa yang telah ayahanda kami korbankan untuk kami.
Dengan cara gathering begini diharapkan dapat merapatkan lagi kemesraan antara kami.
Ibu serta abang ke-2 kami.
Abang sulong kami dah lama kembali kepadaNya (1985).
Waktu bersarapan pagi penuh satu dewan makan (kena 2 shift). Ramai gilerrr...
Semua sibuk interframe

Sukaneka acara tiup belon kanak-kanak; bingit bukan kerana suara anak-anak tapi suara mak anak. Mak anak lebih dari anak yang masuk acara. Pehh...
Acara isi air dalam botol. Go... Adam go...
Kan... aku dah kata, mak anak lebih dari anak. Melawan pengadil pulak tuu...
Abang-abang serta kakak ku, geli hati melihat gelagat anak-anak serta cucu-cucu mereka.
Acara tutup telinga...
Puteri ku turut bertanding dalam sukaneka.

Go... Mahirah go...
Habis acara sukaneka tiba masa untuk acara mandi laut.
Walau bagaimanapun keselamatan kanak-kanak tetap menjadi keutamaan. Ada AJK Kawalan & Keselamatan.
Putera Bongsu ku Adam Shah
Putera Sulong ku menjadi paparazi (dah boleh ganti tempat ku).
Bonda ku melihat gelagat cucudanya.
Acara sukaneka bagi kaum ibu pula... wah... lari macam sprinter Muntaz Jaffar gitu.
Acara Terompah Gergasi.

Di penghujung hari ditutup dengan senaman Poco-poco yang diketuai oleh anak saudara ku Rozila.

Wajah-wajah cicit ayahanda ku.
Sedang melihat senaman poco-poco.
Keluarga dari abang sulong ku Allahyarham Abdul Kadir.
Keluarga anak ke-2, Mohd Asat.
Keluarga anak ke-3, Haji Kamarludin.
Keluarga anak ke-6, Sapiah.
Keluarga anak ke-7, Abdul Nasir.
Keluarga anak ke-9, Norsidah.
Keluarga anak ke-10, Mohd Khir.
Keluarga anak ke-11, Rahmat.
Keluarga anak ke-13, Shah Rijal.
Anak ke-15, Mohd Najib bersama isteri.
Pengacara Majlis Mohd Khir dan isteri anak saudaranya Ashura.
Ucapan terima kasih dari Pengerusi Majlis.
Ucapan dari Penaja Majlis.

Sedang mendengar ucapan dari penaja. Banyak nasihat yang telah disampaikan oleh pihak penaja.

Menerima cenderamata dari pengusaha chalet.
Acara memberi cenderamata dari pihak penaja kepada anak-anak serta cucu-cucu di bawah umur 15 tahun.
Yang nii.. bukan remaja tetapi wakil kepada anaknya yang remaja.

Menerima sebagai wakil anak.

Isteriku pun dapat hadiah cabutan bertuah.
Puteri ku Mahirah Amirah pun dapat juga hadiah cabutan bertuah.
Pengerusi majlis pun dapat jugak...
Menerima hadiah pertandingan acara sukaneka.
Cicit Sulong Ayahanda ku.
Putera Sulong ku Ahmad Shah pun dapat hadiah cabutan bertuah.
(Hadiah Utama pulak tuu..)
Malam tu keluarga ku dapat 3 hadiah cabutan bertuah.
Pasangan suami isteri bergojet sambil berkaraoke.
Bergambar kenangan di hadapan chalet penginapan ku sebelum berangkat pulang. Wah... gembiranya putera-putera ku sampai terlompat-lompat.
Insya Allah jika dimurahkan rezeki kita akan buat lagi program hari keluarga seperti ini.
Harap-harap ada penaja dari kalangan cucuanda pula.
Al-Fatihah untuk ayahanda kami Haji Ramli Bin Haji Othman
(1925-1996)
Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat