Islamic Widget

Khamis, 5 November 2009

Kawan Lama : 1

Pada tarikh 28 & 29 Oktober 2009 yang lepas, aku telah menghadiri Kursus Membina Bahan Multimedia (Video Koporat) yang dikendalikan oleh 2 orang fasilitator.
Tanpa ku sedari salah seorang daripada fasi itu merupakan teman lamaku yang telah lama tak jumpa iaitu Saudara Ibrahim Abd Rahman dari Pekan Nanas.
Sebenarnya pada hari berkenaan Allah telah mempertemukan aku dengan 2 orang sahabat lamaku, seorang lagi ialah Saudara Salamon dari Cheras, Kuala Lumpur. Namun aku tak sempat bergambar dengannya kerana kesuntukan masa dan terkejut. Nanti aku cuba cari gambar lama dengannya semasa sama-sama kami menuntut di UTM Skudai dahulu.
(Gambar terbaru kami 29 Oktober 2009)
Aku benar-benar tak menyangka akan bertemu sahabat ku ini. Subhanallah.
Dulu-dulu berkursus bawa mesin taip; kemudian angkut PC; nah sekarang sandang laptop aje. Betapa pesatnya perubahan zaman.

Ini gambar kami semasa berkursus Microsoft Office di Orkid Hotel, Melaka pada 7 - 11 Mei 2001.

(2 minggu sebelum aku di serang penyakit misteri - lumpuh seluruh anggota badan. Doktor kata nama penyakit yang ku hidapi ialah Gullan Barry Syndrom. Aku mula lumpuh pada waktu subuh 25 Mei 2001)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat