Islamic Widget

Sabtu, 3 Oktober 2009

Selamat Hari Lahir Puteriku

Tepat jam 8:00 pagi Ahad, 10 Safar 1408H bersamaan 4 Oktober 1987 di No 33, Jalan 6, RRM Paya Jaras, Selangor, lahirlah cahaya mata ku yang pertama hasil perkongsian hidupku bersama insan yang tercinta.
(isterikulah tu...)
(10 Hari)
Ibuku mahu menamakan anak ini Maimunah Azizah (sempena nama anakanda Sultan Johor - almaklumlah aku ni orang Johor). Setelah genap 7 hari usia bayiku ini, maka aku daftarkan nama puteriku ini di Balai Polis Sg. Pelong sebagai Maimunah Azizah Syuhaidah dengan singkatan panggilan Mas.
(35 Hari)
(6 Bulan)

Menyambut Hari Lahirnya yang Pertama.

(3 Tahun)
Di Hutan Lipur Gunung Arong.

(4 Tahun)
(5 Tahun)
(6 Tahun)
Gambar kenang-kenangan di Hari Konvokesyenku
Kalau hari ini Mas melihat ayah menerima segulung ijazah, semoga suatu hari nanti ayah pula dapat menyaksikan Mas menerimanya pula.
(13 Tahun)
18 November 1999 bergambar bersamaku sebelum aku berlepas ke Sarawak atas panggilan tugas.
1 Julai 2007 aku pula menghantarnya ke Sarawak demi menimba ilmu.
(waktu tu memang berat hatiku untuk melepaskannya pergi tetapi demi masa depan anakku; aku relakan jua... Ingat Nak tuntutlah ilmu sehingga akhir hayat)
Selamat Hari Lahir
Semoga Allah lanjutkan usiamu, luaskan rezekimu, permudahkan perjalanan hidupmu serta berbaktilah kepada negara.

Sabtu, 26 September 2009

1 Syawal 1430 Hijrah = 20 September 2009

Bergambar kenang-kenangan Aidilfitri bersama kaum keluargaku.
Abang serta ibuku.
Satu-satunya adik perempuanku.
Bergambar dengan Accord yang baru seminggu usianya
Anakku Adam bersama Danish sepupunya.
Anak saudaraku Aisyah & Fatimah
Siti & Aisyah
(anakku Mas tak balik berhari raya tahun ini, dia beraya di Sarawak aje)
Gembira bergurau bersama-sama sepupu mereka.
Peehhh... perut kenyang betul... asyik makan aje... mentang-mentang raya!
Ibu mertua ku bersama kakak iparnya, anak, menantu serta cucu-cucunya.
Bersama ipar duaiku.
Bapa saudara serta anak saudaranya.
Suasana ceria bercerita pasal nak raya... ada orang dapat kereta raya; ada orang dapat dompet raya; tapi ada orang tu kena keluar duit raya... huh...huh...
Hah... beratur... Pak Long nak bagi sedekah raya nii... ada yang pusing balik claim duit raya dua kali...
Di petang hari raya masing-masing pulang dengan rasa penuh kesyukuran dan gembira.
Selamat Hari Raya semua dan memandulah secara yang berhemah agar selamat sampai ke destinasi masing-masing dan selamat menjalankan tugas demi meningkatkan kemakmuran negara kita... MALAYSIA tercinta.
Istimewanya tarikh Aidilfitri tahun ini ialah
20092009

Rabu, 16 September 2009

Selamat Hari Raya

Kepada rakan-rakan, teman dan taulan serta sesiapa jua yang mengenali diri ini, saya mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin

Selasa, 11 Ogos 2009

Family Day 2009 at Serai D'Lanjut Rompin, Pahang

Pada 8 & 9 Ogos 2009 lalu, aku sekeluarga telah berehat di Serai D'Lanjut, Rompin, Pahang. 2 hari 1 malam.
Kebetulan semasa berada di sana satu pertandingan Golf Kayu peringkat antara bangsa sedang berlangsung, jadi dapatlah kami menyaksikan pertandingan tersebut sambil bersantai.
Sebenarnya ini kali ke dua aku cuti berehat di sini. Kali pertama pada tahun 2000; masa tu anak ke 4 aku baru berusia 1 tahun, sekarang dah 10 tahun umurnya.
Semua tangkap possing tepi kolam.
Gembiranya anak-anakku berendam kolam. Aku pun tumpang sekaki gak..
Aku sewa chalet 2 bilik; privacy sikit daripada bilik hotel. Dalam chalet ni macam kat rumah.

Jumaat, 17 Julai 2009

Majlis Akiqah Anak-anakku

Pada 10 April 2009 yang lalu, aku berkesempatan menjalankan Majlis Akiqah untuk anak-anakku , iaitu:
Maimunah Azizah Syuhaidah
Mohammad Ahmad Shah
Maisarah Afiqah Syahirah
Mahirah Amirah Syahirah
dan
Muhammad Adam Shah
Majlis ini turut dihadiri oleh rakan-rakan sejawat, isteriku, serta kesemua anakku kecuali Maimunah (berada di Sarawak ketika itu).
Dua orang putera ku. Ahmad Shah & Adam Shah.
Cuaca pada hari berkenaan amat baik.
Puteri ke-2 & isteri ku.
Terima kasih kepada Tuan Imam Chainuri (Felda Nitar 1) serta penduduk kampung yang turut sama membantu.
Tidak lupa juga kepada En. Mohd Tahir Hj. Tumin, Utz. Abd. Ghani Bahauddin, Utz. Ismadi, En. Amri, En. Hazni, En. Fadli, En. Ruzairi, En. Ain Ali dan lain-lain yang tidak saya nyatakan di sini.

Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat