Islamic Widget

Sabtu, 3 Oktober 2009

Selamat Hari Lahir Puteriku

Tepat jam 8:00 pagi Ahad, 10 Safar 1408H bersamaan 4 Oktober 1987 di No 33, Jalan 6, RRM Paya Jaras, Selangor, lahirlah cahaya mata ku yang pertama hasil perkongsian hidupku bersama insan yang tercinta.
(isterikulah tu...)
(10 Hari)
Ibuku mahu menamakan anak ini Maimunah Azizah (sempena nama anakanda Sultan Johor - almaklumlah aku ni orang Johor). Setelah genap 7 hari usia bayiku ini, maka aku daftarkan nama puteriku ini di Balai Polis Sg. Pelong sebagai Maimunah Azizah Syuhaidah dengan singkatan panggilan Mas.
(35 Hari)
(6 Bulan)

Menyambut Hari Lahirnya yang Pertama.

(3 Tahun)
Di Hutan Lipur Gunung Arong.

(4 Tahun)
(5 Tahun)
(6 Tahun)
Gambar kenang-kenangan di Hari Konvokesyenku
Kalau hari ini Mas melihat ayah menerima segulung ijazah, semoga suatu hari nanti ayah pula dapat menyaksikan Mas menerimanya pula.
(13 Tahun)
18 November 1999 bergambar bersamaku sebelum aku berlepas ke Sarawak atas panggilan tugas.
1 Julai 2007 aku pula menghantarnya ke Sarawak demi menimba ilmu.
(waktu tu memang berat hatiku untuk melepaskannya pergi tetapi demi masa depan anakku; aku relakan jua... Ingat Nak tuntutlah ilmu sehingga akhir hayat)
Selamat Hari Lahir
Semoga Allah lanjutkan usiamu, luaskan rezekimu, permudahkan perjalanan hidupmu serta berbaktilah kepada negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat