Tepat waktunya ketika Azan Zohor puteraku lahir ke dunia 20 tahun lalu. Hari Rabu 12 Disember 1990. Kepulanganku selepas tamat waktu bekerja disambut oleh puteri sulongku seraya berkata "Ayah... Ayah ibu dapat adik!" belum sempat aku turun dari kenderaanku. Gembiranya hati bukan kepalang kerana lahirnya seorang putera.
Ketika menghantar puteraku untuk menjalani PLKN di Gunung Benom, Raub, Pahang.
Aidilfitri 1431H
Tidak dapat menyambut hari lahirnya kerana telah bertugas jauh dari keluarga. InsyaAllah tahun depan kami sekeluarga akan membuat persiapan menyambutnya.
Selamat Hari Lahir anakanda ucapan dari Ayah, Ibu, Kakak serta adinda-adinda kamu. Semoga perjalanan hidupmu sentiasa mendapat keberkatan dan dilindungi Allah S.W.T. Ayahanda & Bondamu sentiasa mendoakan serta merestuimu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan