Pada tarikh 15 Disember 2010, aku telah membawa keluargaku bercuti di Kijal, Terengganu sempena meraikan Ulang Tahun Perkahwinan kami ke-25 Tahun. Mengapa pilih Kijal? Kebetulan pula anakanda kami yang ke dua bekerja di Kertih, tidak jauh dari Kijal. Tepat jam 8:30 pagi kami bergerak dari Mersing menuju ke distinasi. Sepanjang perjalanan kami sekeluarga, aku dapat menyaksikan pembangunan yang telah pesat dan sedang berlaku di Negeri Terengganu ini.
Pintu gerbang masuk ke Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort.
Tersergam indah resort ini.
Kehadiran kami disambut dengan "Welcome Drink". Mmmmm dapat juga basahkan tekak selepas 6 jam perjalanan dari Mersing.
Tersergam indah resort ini.
Kehadiran kami disambut dengan "Welcome Drink". Mmmmm dapat juga basahkan tekak selepas 6 jam perjalanan dari Mersing.
Berehat sebentar sebelum kami masuk ke bilik penginapan di tingkat 8. Kami disediakan bilik yang menghadap Laut China Selatan serta kolam renang. Teruja juga mendengarnya. Macam manalah keadaan bilik serta pemandangannya.
Suspen aje....
Meraikan orang yang sangat aku cintai.
822 bilik aku bersama isteri.
(Sebelah menyebelah aje)
Suasana dalam bilik penginapanku bersama isteri. Double Queen Size Bed setiap bilik.
Adam terus sahaja memasang TV menonton rancangan kegemarannya.
Suasana bilik anak-anakku.
Ruang mandinya pun besar, ada bath tub serta shower room yang berasingan.
Perasaan terujaku, terjawab dengan melihat pemandangan Laut China Selatan serta kolam renang dari tingkap bilikku. Memang menarik serta indah sekali.
Lapangan Giant Chess.
Laluan dari lapangan Gaint Chess ke kolam renang.
Kawasan kolam yang cukup besar serta luas.
Aktiviti wajib di hari pertama, terjun kolam.
Laluan ke kolam kanak-kanak & keluarga.
Di sebelah malam anak bujangku sampai di resort selepas waktu kerja.
Kami dinner di resort bersama-sama.
Putera kesayangan isteriku.
Adam, malam-malam pun minta Ais Kacang.
Ruang foyer dari hadapan bilik penginapanku dengan water future.
Gayat juga rasanya.
Kaki lima bilik.
Hari ke dua 16 Disember 2010.
Sarapan pagi pertamaku dengan Nasi Dagang orang Terengganu.
Aktiviti seterusnya di hari ke dua ini masih lagi terjun kolam. Belum puas lagi kata anak-anakku.
Aku dan isteri mengambil kesempatan ronda-ronda di sekitar resort.
Aktiviti waktu petang pula ke Pasaraya Gaint Kijal yang kebetulannya pula mula dibuka pada hari ini. Dalam perjalanan pulang keluar dari pasaraya, secara kebetulan aku terserempak dengan Y.A.B Dato Menteri Besar Terengganu lalu bertegur sapa dan bersalaman dengan beliau. Agak terkejut beliau kerana orang Johor boleh sampai di Kijal. Aku menerangkan tujuan sebenar kami sekeluarga ke Kijal padanya.
Makan malamnya pula di Tepian Sungai Kertih, makanan laut.
(Tiada foto sebab dibuat dalam rakaman video)
Hari ke tiga 17 Disember 2010.
Aku bersarapan mee goreng pula.
Aktiviti hari ke tiga, selepas bersarapan pagi ialah melawat Kuala Terengganu. Jaraknya dari Kijal lebih kurang 140 km. Agak malang sepanjang perjalanan kami ke Kuala Terengganu cuaca tidak menyebelahi kami. Sepanjang perjalanan hujan turun hingga ke Kuala Terengganu.
Destinasi pertama di Kuala Terengganu ialah Pasar Payang. Oleh kerana cuaca sentiasa hujan tidak dapatlah kami bergambar di Water Front Kuala Terengganu.
Kawasan Pantai Batu Buruk. Semua foto ini di ambil dari dalam kenderaanku. Tak boleh keluar.... hujan aje.
Sebelah malamnya pula kami sekeluarga ke TMC Kertih. Bukan shopping tapi window shopping aje. Agak tinggi harga barangan yang ditawarkan di TMC ini. Pada mulanya nak juga beli tali pinggang serta wallet Bonia tetapi harga yang ditawarkan terlalu tinggi, jauh lebih murah di Jusco Tebrau, JB.
Hari terakhir, hari ke empat, 18 Disember 2010.
Sama seperti hari-hari sebelumnya, selepas bersarapan anak-anakku pasti akan terjun ke kolam dahulu, sementara itu isteriku sibuk mengemas barangan sebagai persediaan untuk check-out sebelum jam 1:00 tengahari.
Kawasan foyer resort.
Kawasan foyer resort.
Masih sempat bergurau.
Tepat jam 1:50 tengahari kami bergerak pulang ke Johor selepas bersalaman dengan putera kami. Percutian 4 hari 3 malam di hujung tahun ini amat bermakna sekali bagi kami berdua suami isteri. Walaupun bukan honeymoon tetapi kami berdua amat gembira kerana dapat menghabiskan hari berkualiti bersama anak-anak. Kami selamat sampai di Mersing setelah melalui 906km perjalanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan