Hari sabtu minggu lepas aku, isteri serta anak-anakku berkunjung ke rumah adik iparku di Ulu Tiram untuk berbuka puasa bersama-sama mereka. Hari ini giliran mereka pula bertandang ke rumahku bagi tujuan yang sama.
Seminit sebelum Azan Maghrib berkumandang. Juadah berbuka puasa di rumahku sememangnya ringkas dan ala kadar sahaja. Menu hari ini hanya Laksa Asam, Nasi Ayam (permintaan ibu mertuaku) Sardin Roll, Kuih Keria (yang asalnya nak di buat Kuih Buah Melaka) dan sedikit buah-buahan. Buah kurma boleh dikatakan juadah berbuka wajib di rumahku.
Adik ipar, biras serta anak buahku memulakan langkah pertama berbuka puasa.
Adik ipar serta birasku semuanya dari Johor Bahru.
Sebaik sahaja habis semangkok laksa asam terus sahaja capai anak patung Barbie.
Anakku berbual dengan sepupunya sambil menikmati juadah yang ada seraya berkata kepadaku "Ayah, Adik nak tidur rumah nenek malam ni ya".
Seorang lagi anak buahku Aisyah namanya baru berusia 5 tahun.
Ini abang Aisyah, Ariff yang berusia 7 tahun. Sebaya dengan putera bongsuku Adam Shah.
Birasku bercerita dapat bubur lambuk ini dari Masjid Pasir Gudang.
Lepas makan bubur lambuk tambah dengan nasi ayam pula. Sudah menjadi kelaziman, aku serta anak-anak lebih gemar makanan atau juadah berbuka puasa disediakan atau dimasak oleh isteriku sendiri.
Selepas berbuka kami berbual kosong sehinggalah jam 10:00 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan