Setelah genap 10 hari berpuasa dalam bulan Ramadhan 1431H, saya sekeluarga ke KFC untuk berbuka puasa di sini demi meraikan putera bongsu saya yang berpuasa kerana dia tidak bangun bersahur malam tadi. Ini merupakan kali pertama Adam Shah tidak bersahur kerana terlalu mengantuk. Saya telah berjanji dengannya jika dia terus berpuasa, saya akan belanja dia berbuka di KFC.
Dengan tabah, Adam dapat menunaikan ibadah puasanya walaupun dalam keadaan agak keletihan.
Teringat pula semasa mendidik putera sulong saya Ahmad Shah, jika dia berjaya menunaikan ibadah puasa pada hari berkenaan maka saya akan meraikannya dengan sekotak besar susu segar, buah kurma serta juadah kuih muih yang akan dibeli di Bazar Ramadhan. Alhamdulillah saya berjaya mendidiknya sehinggalah dia boleh berdikari.
Begitu juga dengan putera bongsu saya ini, saya akan bertegas dalam menjalankan ibadah puasa sejak dari usia muda lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya & semoga akan menjadi alah bisa tegar biasa.
Wajah Adam yang sambar menanti waktu berbuka puasa. Nampak keletihan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan