Islamic Widget

Selasa, 31 Ogos 2010

53 Tahun Negaraku Malaysia Merdeka

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-53

Terima kasih ku ucapkan kepada Bapa Kemerdekaan Malaysia, Y.A.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj serta para pejuang kemerdekaan.

Sabtu, 28 Ogos 2010

Jom Berbuka Puasa Di Rumah Pak Long

Hari sabtu minggu lepas aku, isteri serta anak-anakku berkunjung ke rumah adik iparku di Ulu Tiram untuk berbuka puasa bersama-sama mereka. Hari ini giliran mereka pula bertandang ke rumahku bagi tujuan yang sama.
Seminit sebelum Azan Maghrib berkumandang. Juadah berbuka puasa di rumahku sememangnya ringkas dan ala kadar sahaja. Menu hari ini hanya Laksa Asam, Nasi Ayam (permintaan ibu mertuaku) Sardin Roll, Kuih Keria (yang asalnya nak di buat Kuih Buah Melaka) dan sedikit buah-buahan. Buah kurma boleh dikatakan juadah berbuka wajib di rumahku.
Adik ipar, biras serta anak buahku memulakan langkah pertama berbuka puasa.
Adik ipar serta birasku semuanya dari Johor Bahru.
Sebaik sahaja habis semangkok laksa asam terus sahaja capai anak patung Barbie.
Anakku berbual dengan sepupunya sambil menikmati juadah yang ada seraya berkata kepadaku "Ayah, Adik nak tidur rumah nenek malam ni ya".
Seorang lagi anak buahku Aisyah namanya baru berusia 5 tahun.
Ini abang Aisyah, Ariff yang berusia 7 tahun. Sebaya dengan putera bongsuku Adam Shah.
Birasku bercerita dapat bubur lambuk ini dari Masjid Pasir Gudang.
Lepas makan bubur lambuk tambah dengan nasi ayam pula. Sudah menjadi kelaziman, aku serta anak-anak lebih gemar makanan atau juadah berbuka puasa disediakan atau dimasak oleh isteriku sendiri.
Selepas berbuka kami berbual kosong sehinggalah jam 10:00 malam.

Ahad, 22 Ogos 2010

Mahirah 11 Tahun Hari Ini

Hari ini anakandaku yang ke-4, Mahirah Amirah Syahirah menyambut Hari Kelahirannya yang ke-11. Sambutan yang dibuat amat ringkas sekali kerana kami baru sahaja selesai berbuka puasa bersama-sama. Walau bagaimanapun semalam aku membawa familiku ke JB membeli pakaian untuk persiapan berhari raya tahun ini. Jadi kami dah celebrate dia di Jusco Tebrau sehari lebih awal.
Berbuka pun di Jusco.
Kek pun simple aje. Kalau beli yang besar pasti tak boleh habis punya. Aku pun makan hanya sepotong saja kerana perut dah kenyang sewaktu berbuka puasa.
Tahun ini merupakan tahun kedua anakku ini menyambut hari kelahirannya di bulan Ramadhan.
Bersama adindanya Adam Shah. Pakai baju baru beli semalam di Jusco.
Cepat potong kakak, Adam dah tak sabar ni nak makan kek.
Emmmm.....
Mehhh... Adam tolonglah..... Dia lebih sibuk dari orang yang diraikan.
Menyuapkan kek hari lahir kepada kakaknya.
Walaupun ringkas sahaja tetapi kami sekeluarga tetap gembira.
Selamat Hari Lahir Puteriku.
Ayah & ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan buat kamu.
Amin.

Jumaat, 20 Ogos 2010

10 Ramadhan 1431 Hijrah

Setelah genap 10 hari berpuasa dalam bulan Ramadhan 1431H, saya sekeluarga ke KFC untuk berbuka puasa di sini demi meraikan putera bongsu saya yang berpuasa kerana dia tidak bangun bersahur malam tadi. Ini merupakan kali pertama Adam Shah tidak bersahur kerana terlalu mengantuk. Saya telah berjanji dengannya jika dia terus berpuasa, saya akan belanja dia berbuka di KFC.
Dengan tabah, Adam dapat menunaikan ibadah puasanya walaupun dalam keadaan agak keletihan.

Teringat pula semasa mendidik putera sulong saya Ahmad Shah, jika dia berjaya menunaikan ibadah puasa pada hari berkenaan maka saya akan meraikannya dengan sekotak besar susu segar, buah kurma serta juadah kuih muih yang akan dibeli di Bazar Ramadhan. Alhamdulillah saya berjaya mendidiknya sehinggalah dia boleh berdikari.
Begitu juga dengan putera bongsu saya ini, saya akan bertegas dalam menjalankan ibadah puasa sejak dari usia muda lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya & semoga akan menjadi alah bisa tegar biasa.

Wajah Adam yang sambar menanti waktu berbuka puasa. Nampak keletihan.
Galagat anak-anak sementara menunggu waktu berbuka.
Wah... Adam tak sabar ni ayah... aummm.
Kurma lupa nak bawa, isteri saya beli buah jeruk manis pengganti buah kurma.
(Waktu dulu kalau berbuka di KFC disediakan buah kurma secara percuma; sekarang dah takde.... emmm)
Wajah Adam semakin ceria bila tinggal 1 minit lagi tiba waktu berbuka.
Setelah berbuka, kami terus pulang ke rumah. Dalam perjalanan tersebut, Adam tertidur dalam kenderaan.

Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat