Islamic Widget

Isnin, 3 Jun 2013

Menuju Raudah VI (Umrah II)

 Jam 6:47 pagi bersiap untuk ibadah Umrah kali ke dua.
 Dalam perjalanan ke miqad di Hudaibiyah kami singgah ke ladang unta yang diusahakan oleh kaum Badawi.
 
 Jam 7:30 pagi kami sampai ke ladang unta.
Walaupun jam baru sahaja menunjukkan 7:30 pagi tetapi suhunya tetap tinggi sekitar 42 Celsius.
 Minum susu unta RS 5:00 sebotol (500ml). Sedappp.
 Manja unta ini dan pandai berpossing.
 Pengusaha sedang memerah susu unta dan dijual segar.
 
 
 Mula berihram.
 Pusat pameran dua masjid suci.
 
 Jam besar boleh di lihat dari kejauhan disekitar bandar Mekkah.
 Rehat sebentar sebelum mengerjakan ibadah Umrah kali ke dua (sebelum waktu Asar).
 Solat Asar sekali lagi di hadapan Ka'abah tetapi jauh sedikit berbanding semasa Umrah pertama dahulu.
 Upah Arab Yaman tolak kerosi roda. Upahnya RS 100.00.
 My sister Hjh. Rahmah pun nak cuba tolak sama. Thanks sis, I love you.
 Bukit Safa dari aras satu.
 Relex jap.
 Setibanya di Bukit Marwah sekitar jam 5:15 petang (setelah cukup 7 perjalanan), aku bertahalul menandakan tertib syarat Umrah. Alhamdulillah.

Ahad, 2 Jun 2013

Menuju Raudah V (Aktiviti Bebas)

 Hari ini aktiviti bebas kerana pemandu bas kami demam, jadi inilah masanya kami berdua window shopping. Seronok tapi kena keluar awal pagi 6:30 - 9:30 pagi kalau lebih daripada masa itu, suhu ada terlebih panas. Waktu pagi antara jam 6:00 - 9:30 pagi; suhu sekitar 41-43 Celsius. Jam 11:00 pagi - 5:00 petang suhu boleh mencecah 47-51 Celsius. Maklumlah sekarang ini musim panas di Mekkah.
 Ada jugalah sehelai dua jubah Ikaf dan sekeping Zain sim card (RS 35.00) untuk berhubung dengan anak-anak di Malaysia sekadar menyatakan khabar.
Tukaran wang di Mekkah RM 100.00 = RS 116.00.
Tukaran wang di Madinah RM 100.00 = RS 120.00.

Sabtu, 1 Jun 2013

Menuju Raudah IV (Ziarah I)

MasyaAllah habuk banyak kuat lah sebab itu ana pakai topeng lah. 
Muka cepat merah... bahang cuaca walaupun jam menunjukkan 6:00 pagi. (Waktu siang lebih panjang daripada waktu malam)
 Jalan raya pun dalam batu lah.
 Macam pejabat CIA.
 
 Jabal Thur
 Adik serta iparku.
 Keluarga sebelah iparku.
 
 Jabal Rahma
 Ana boleh tengok dari jauh sahaja.
 
 Kesemua 11 orang ahli keluarga kami yang menjadi tetamu Allah. Alhamdulillah.
 
 
 Ana di larang panjat itu jabal, nanti kena cekik lah.
 
 Ana punya isteri bersama pemandu bas lah "Shu'ud", nama dia lah. Seorang pemandu yang sungguh cekap. Di lebuh raya pun dia boleh undur bas, siap buat U-turn lagi.... ante ada berani?
 Mina.
Jabal Nur, masyaAllah sangat tinggi lah.
 Tempat Rasulullah berkhalwat di dalam Gua Hiraq serta menerima wahyunya yang pertama daripada Malaikat Jibril.
 Siaran langsung daripada Masjidil Harram 24 jam sehari dalam bilik hotel.
 
 Anak kecil ini mendekatiku untuk melihat skrin camera; foto yang aku snap.
  
 



 Selesai Maghrib dan Isyak di Masjidil Harram bersama-sama isteriku.
Pintu Raja Abdul Aziz

 
 
Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat