Islamic Widget
Ahad, 20 Jun 2010
Bersantai Di Pantai Tanjung Resang
Sabtu, 12 Jun 2010
Polis Trafik, Van Pasar Malam & Aku
Jam 8:45 pm berdering telefon rumahku. Di dalam hati, aku telah mengagak ini tentu panggilan puteriku yang berada di rumah ibu mertuaku. Memang sah, dia meminta aku menjemputnya untuk pulang ke rumah. Aku berkata kepadanya “Kejap ya Dek, ayah nak siapkan kerja ayah sikit aje lagi ni, Jap lagi ayah ambik Adik”, kataku kepadanya. ‘Adik’ itulah panggilannya di rumah walaupun sebenarnya dia bukanlah anak bongsuku.Jam 9:05 pm aku bergerak ke rumah ibu mertuaku dengan kenderaan rasmiku iaitu sebuah van, Nissan Vanette.
Setibanya di Jalan Endau sekitar kawasan Mersing Kanan, aku terdengar desiran motosikal di sebenah kiri kenderaanku. Dalam hati aku berkata “Motor ni kalau nak memotong janganlah sebelah kiri, ikutlah kanan... tak tau undang-undang ke? Nanti kalau tergesel aku juga yang susah...” Tiba-tiba desiran di kiri kenderaanku tadi sudah beralih sebelah kanan pula. Makin lama, semakin kuat. Dalam hati aku berkata lagi “Lah... kalau nak potong; potong ajelah kenapa ikut aku....”
Aku tak sedap hati lalu menoleh ke kanan. Terperanjat aku. Rupanya motosikal yang sedang “menghambat” aku rupanya seorang anggota polis trafik bermotosikal (sebenarnya 2 orang, yang sorang lagi ikut di belakang van aku). Aku lihat wajahnya garang semacam. Aku bertanya sambil kenderaanku masih lagi bergerak “Kenapa Encik?” Dia memandang aku dengan wajah yang garang.... dan tanpa menjawab. Kemudian aku bertanya lagi, kali ini dengan nada yang lebih kuat lagi... maklumlah takut kalau-kalau dia tak mendengar kerana pakai topi keledar. "Kenapa Encik?" Aku tengok muka dia dah berubah.... macam orang blur aje... Kali ini baru dia jawab “Berhenti kat depan sana”, dia mengarahkan. Sebelum itu aku sempat melihat speedometer kenderaanku, 45kmj. Aku pun memberi isyarat ke kiri sambil memperlahankan kenderaan aku dan berhenti di depan Masjid Kg. Sri Lalang. Kebetulan jemaah masjid baru keluar dari solat Isyak maka ramailah yang memerhati.
Setelah kenderaan aku berhenti, aku bertanya lagi kepada anggota polis trafik berkenaan dengan soalan yang sama “Kenapa Encik?” Aku tengok muka dia blur aje. Dia jawab “Takde apa, pemeriksaan biasa aje.” Jawabnya ringkas. Aku naik pelik; nak kata aku bawa laju.... tidak; nak kata lampu kenderaan terbakar.... pun tidak; nak kata aku tak pakai tali pinggang keledar.... pun tidak; nak kata aku langgar lampu isyarat... pun tak jugak. Aku tengok muka polis tu macam orang nampak hantu. Aku pun heran apa kesalahan lalu lintas yang aku langgar?
Aku pun bertanya kepada dia “Encik nak tengok lessen?” (sepatutnya dia yang tanya aku – Mintak lessen Encik – ayat biasa polis di sekatan jalan raya). Ini aku pulak yang offer. Dia jawab “Boleh jugak?” Akupun menunjukkan lessen berserta ic aku sekali. Dia tanya aku “Bawak pelancong ke?” Aku jawab “Hah!? Bawak pelancong? Takde Encik.” Dalam hati aku berkata lagi, jangankan pelancong, beg pelancong, malah selipar pelancongpun aku tak pernah bawak. Dia membawa lessen dan ic aku ke belakang van sambil berbincang sesuatu dengan rakan setugasnya. Sambil itu dia menjengok ke dalam van aku. Aku buat deeeq aje.
Lebih kurang 3 minit selepas itu, dia ke depan semula. Dia bertanya lagi “Itu beg apa tu?” Aku jawab ringkas “Beg kamera.” Dia Tanya lagi “Beg apa?” Aku jawab “Beg kamera.” Dia pun berkata “Ooo cameraman...” Aku mengiakannya. “Ooo ambil gambar pengantinlah ni...?” Aku jawab “Ya, Encik.” Anggota polis itu bertanya lagi "Tinggal kat mana?" Aku menjawab "Mersing Kecil, tu dalam ic ada tulis" sambil menunjukkan cetakan alamat. Dalam hati kecilku berdetik 'Tak tau baca kaa?' Kemudian anggota polis trafik tersebut memulangkan lessen dan ic aku seraya berkata “Okeylah jalan...” Aku pun mengucapkan terima kasih lalu bergerak menuju ke destinasiku.
Sekarang baru aku perasan, anggota trafik ini sudah salah sangka. Patutlah kali pertama aku tengok muka dia garang semacam, kali ke dua aku tengok muka dia macam muka orang nampak hantu – blur aje. Sekarang ni musim cuti sekolah, di daerah aku pada musim ini dan hujung minggu ramai pelancong yang datang. Anggota trafik ini sangkakan aku membawa pelancong secara haram. Almaklumlah bawak van malam-malam ke arak Kuantan pulak tu.
Inilah... nak pakai kereta, anak ada 5 orang, tak selesa jalan jauh; jadi pakailah van pasar malam yang boleh muat 8 orang tapi nampak macam bawak pelancong pulak (nak pakai Estima atau Alphard - tak mampu). Yalah aku ni jenis familyman. Kalau nak keluar, aku lebih gemar membawa seluruh anggota keluargaku. Seronok kan jalan-jalan dengan anak-anak dan isteri...
Walau macam manapun aku mengucapkan selamat bertugas kepada semua anggota polis trafik. Musim cuti sekolah ni tentu banyak kenderaan di jalanraya. Kalau ada polis trafik yang meronda tentu pemandu-pemandu gila dan pemandu-pemandu maut ada rasa segan sikit... kan... kan...
Rabu, 9 Jun 2010
Adam & Ibu Ke Sarawak
11 Jun 2010: Putera bongsuku ini memang 'macal' sikit. Bila ditinggalkan sorang-sorang, adalah perkara yang akan dilakukannya. (Shoot foto sendiri dalam kamar kandanya)
12 Jun 2010, Adam & isteriku mula bersiar-siar di sekitar WaterFront Kuching.
(Kalau aku, aku buat deeq aje. Biarpun dia anak bongsu; aku layan anak-anak aku 'sama rata, sama rasa')
Selasa, 1 Jun 2010
Kawan Lama : 2
Setelah 27 tahun berpisah, dengan kehendakNya, kami dipertemukan semula di atas urusan pekerjaan. Pada diriku, ini adalah satu daripada berjuta nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan kepadaku untuk hari ini. Alhamdulillah.Dipertemuan ini juga kami sempat mengibau kembali kenangan manis semasa zaman persekolahan kami dahulu. Sempat juga bertukar maklumat berhubung dengan rakan-rakan yang lain. Kami juga merancang untuk mengadakan reunion bersama teman-teman yang lain bila tiba waktu yang mengizinkan.
Walaupun perjumpaan kami agak singkat, aku tetap berpuas hati dalam pertemuan ini. InsyaAllah kami akan berjumpa lagi.
(Gambar ketika berkursus di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru, 12 Mei 2009. Masa tu aku & Izan tak dapat cam wajah masing-masing. Yang peliknya selepas sesi bergambar aku berjabat tangan dengannya)
Semoga Bertemu Kembali Sahabat Ku.



