Islamic Widget

Sabtu, 8 Oktober 2011

Bengkel Rekabentuk dan Layout Album Bersama PhotoSmith

Pada 8 & 9 Oktober 2011, aku telah menghadiri Bengkel Rekabentuk dan Layout Album yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Rompin, Pahang. Aku mengikuti kursus ini demi menyahut Program Kemahiran 1 Malaysia. PhotoSmith merupakan fasilitator jemputan bagi program di hari tersebut.

Para pesertanya pula datang dari jauh dan dekat, antaranya dari Pasir Gudang, Johor Bahru, Muazam dan Kuala Lumpur serta dari daerah Rompin itu sendiri. Aku merupakan satu-satunya peserta dari Mersing, Johor.

Para peserta sedang sibuk menjayakan kursus ini.
Antara fasilitator PhotoSmith yang sentiasa tersenyum serta tidak jemu-jemu membantu para peserta yang menghadapi masalah.

Saudara Khairuddin Razak atau nama glamournya "Daiyo" tidak jemu-jemu mencurahkan ilmunya kepada kami. Beliau merupakan fasi utama sepanjang 2 hari perbengkelan ini. Terima kasih tuan.



Saudara Hazli dan Saudara Najib dari Rompin, Pahang sedang khusuk mencipta layout mereka sendiri. Saudara Najib pernah menjadi klien aku sewaktu majlis perkahwinannya suatu waktu dahulu. Waktu itu aku menjadi 'Official Photographer'nya.

Antara hasil layout yang aku cipta.

Pelbagal teknik editing yang diajar oleh Saudara Khairuddin kepada kami. Berbaloi sungguh rasanya aku berkursus kali ini. Rasa tak puas. Rasa macam tak cukup dua hari sahaja. Masih banyak lagi yang boleh aku belajar dari PhotoSmith.

Jika nak dibandingkan dengan kursus-kursus yang pernah aku sertai, bayar beratus-ratus tapi apa pun tak dapat. Aku diajar back to the basic. Memang aku tak puas hati langsung.


Salah seorang daripada fasi sedang menyampaikan ucapan terakhir kursus daripada PhotoSmith.


Akhir kalam dari wakil pihak penganjur Saudara Kas Mara.

Terima kasih PhotoSmith.

Terima kasih Kolej Komuniti Rompin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat