Hari sabtu minggu lepas aku, isteri serta anak-anakku berkunjung ke rumah adik iparku di Ulu Tiram untuk berbuka puasa bersama-sama mereka. Hari ini giliran mereka pula bertandang ke rumahku bagi tujuan yang sama.
Seorang lagi anak buahku Aisyah namanya baru berusia 5 tahun.
Ini abang Aisyah, Ariff yang berusia 7 tahun. Sebaya dengan putera bongsuku Adam Shah.
Birasku bercerita dapat bubur lambuk ini dari Masjid Pasir Gudang.
Lepas makan bubur lambuk tambah dengan nasi ayam pula. Sudah menjadi kelaziman, aku serta anak-anak lebih gemar makanan atau juadah berbuka puasa disediakan atau dimasak oleh isteriku sendiri.Selepas berbuka kami berbual kosong sehinggalah jam 10:00 malam.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan