Pada 10 Mac 2012, saya berkonvoy bersama ipar duai dari Bandaraya Johor Bahru ke Melaka Bandaraya Bersejarah selepas majlis pertunangan adik ipar saya, Azwal Azman. Kami bergerak masuk ke Lebuhraya Utara Selatan pada jam 6:15 petang dengan 5 buah kereta. Berhenti rehat selama 1 jam di R&R Pagoh (perhentian wajib bagiku selain R&R Ayer Keroh jika ke Kuala Lumpur).
Sampai sahaja di HomeStay, kami terus rehatkan diri dan lelapkan mata. Urusan HomeStay dikendalikan oleh anak bujang kami. Adam pun dah letih terus tidur dengan 'spiderman'nya.
Jam 10:30 pagi 11 Mac 2012, selepas bersarapan pagi, kami semua bergerak ke Melaka Wonderland Theme Park & Resort. Sebenarnya rancangan ke theme park ini cetusan idea anak bujang saya, Ahmad Shah. Saya mempelawa ipar dan biras saya yang tinggal di JB.... ajak-ajak... ajak-ajak.... terus jadikk.... baik punya.... (memang seronak berkonvoy dengan mereka sebab kami satu kepala).




















































Dalam perancangan pada bulan Jun nanti, saya serta ipar duai akan ke Negeri Cik Siti Wan Kembang pula. InsyaAllah. Ada sesiapa yang nak join... sila kumpul budget dari sekarang. Ha.. ha... ha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan