Islamic Widget

Sabtu, 17 Mac 2012

Kesian Angah Takleh Tidor

Penutup musim cuti penggal persekolahan kali ini, aku melayan karenah anak-anak bujangku pula. Kali ini hanya kami bertiga sahaja ke JB. Aku, Angah dan Adam ditemani oleh Cik Sona ku. Bergerak seawal jam 8:30 pagi dari rumah kediamanku dan berhenti bersarapan pagi di Dusun Panti. Setengah jam selepas itu, kami terus ke detinasi pertama, Ah Kaw JB. Tujuannya untuk melihat bakal teman baru anak bujangku si Kawa dari Jepun.


Berbaju kuning .... ER6N nama rasminya. Boleh tahan jugak si Kawa ni. Kemudian kami bergerak ke Skudai Kiri untuk meninjau pilihan yang lain jika ada. Namun pilihan si bujangku tetap kepada ER6N..... he.. he...
Adam cuba berjinak-jinak dengan si Kawa ni.

Mancho...

Good rider mesti pakai ni kan ayah.... Ya, betul.... tapi kalau ada lesen sah, it better.

Anak sapalah yang mancho comel ni.

Dahsyat jugak VerSys ni.

OK tak ayah?

Model 2011.











Model pilihan Angah, ER6N tahun 2012.... warna kuning..... lingkungan RM 35,000.00.

Sistem elektroniknya boleh diprogramkan.... macam kereta, kata Angah. Cik Sona aku boleh ke diprogramkan semula?... Nanti kena tanya teknisyen.OK lah kalau angah nak berkawan dengan ER6N .... ayah pun nak jugaklah tambah kawan baru..... pakai baju kuning gak. Kalau tak silap namanya 'Budak Gemok' dari HD. Dah lama ayah intai budak gemok ni. Amacam ok tak?Barulah ayah boleh join konvoy dengan angah nanti.... kita pusing satu Malaya. InsyaAllah.

Sabtu, 10 Mac 2012

Percutian Keluarga di Melaka Bandaraya Bersejarah

Pada 10 Mac 2012, saya berkonvoy bersama ipar duai dari Bandaraya Johor Bahru ke Melaka Bandaraya Bersejarah selepas majlis pertunangan adik ipar saya, Azwal Azman. Kami bergerak masuk ke Lebuhraya Utara Selatan pada jam 6:15 petang dengan 5 buah kereta. Berhenti rehat selama 1 jam di R&R Pagoh (perhentian wajib bagiku selain R&R Ayer Keroh jika ke Kuala Lumpur). Sampai sahaja di HomeStay, kami terus rehatkan diri dan lelapkan mata. Urusan HomeStay dikendalikan oleh anak bujang kami. Adam pun dah letih terus tidur dengan 'spiderman'nya.
Jam 10:30 pagi 11 Mac 2012, selepas bersarapan pagi, kami semua bergerak ke Melaka Wonderland Theme Park & Resort. Sebenarnya rancangan ke theme park ini cetusan idea anak bujang saya, Ahmad Shah. Saya mempelawa ipar dan biras saya yang tinggal di JB.... ajak-ajak... ajak-ajak.... terus jadikk.... baik punya.... (memang seronak berkonvoy dengan mereka sebab kami satu kepala).


Bergambar kenangan di pintu masuk theme park.


Ibu mertua saya pun turut sama.


Antara persembahan kebudayaan di Stage Performance.

Puteri ku bersama suaminya.





Adam bersama ibunya mencuba permainan air yang disediakan di theme park tersebut.


Saya hanya duduk sambil menyaksikan gelagat pengunjung yang ada. Cuaca pun cerah.



Adan & Pak Cik Bakeri.

Wah! Seronoknya....


Pasangan kakak dan adik.


Mula-mula Cik Alin takut.... kemudian naik seronok pula.


Trek REMPIT...

Cik Ayie .... Johan Rempit.

Mat Rempit terakhir tiba..... akibat kerosakan teknikal pada tali trotle.

Rehat sebentar sementara menunggu keputusan pemenang diumumkan.




Membesar bagai JOHAN...


Masa masuk pemandu dihadapan.... bila keluar jadi terbalik pulak.... Adam bersama sepupunya.




Peghhh.... penat tetapi memang hapenning.... semua orang pulang dengan perasaan gembira sekali.

Bergambar sebelum bergerak pulang semula ke homestay kami.


Laluan ke homestay.



12 Mac 2012, bersiap untuk berangkat pulang ke Mersing, Johor, setelah menghabiskan masa berharga bersama keluarga besar di Melaka.


Proses mengangkat barang sepanjang percutian dibantu oleh menantu saya.

Puteriku sememangnya suka berposing sedari kecil lagi. Semua proses penggambaran kali ini dilakukan oleh puteri bongsuku, 'Adik'. Mas nak jugak bergambar dengan kereta ayah.... Mas tak kira.... rengek manjanya kepadaku....

Perjalanan pulang ke Tol Ayer Keroh.



Selamat Tinggal Melaka.... ada kelapangan kami akan berkunjung lagi.

Highway Utara Selatan. Hujan.

Singgah sebentar di Pekan Ayer Hitam, Kluang, beli kerepek.

Setelah pekena sup kambing di Felda Nitar 2, kami sekeluarga selamat sampai ke rumah kediaman pada jam 8:30 malam. Alhamdulillah semuanya selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Dalam perancangan pada bulan Jun nanti, saya serta ipar duai akan ke Negeri Cik Siti Wan Kembang pula. InsyaAllah. Ada sesiapa yang nak join... sila kumpul budget dari sekarang. Ha.. ha... ha...

Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat