Islamic Widget

Khamis, 20 Oktober 2011

20 Oktober 2011 - Berangkat Ke Kuching, Sarawak

Menunggu masa untuk ke Balai Berlepas. Ibu mentuaku pun turut sama menghantar kami sekeluarga ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai.
Pada kali ini kami sekeluarga akan berangkat terbang ke Kuching, Sarawak sempena Majlis Konvokesyen anak sulung kami Maimunah Azizah Syuhaidah (Mas) yang akan berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS) pada 23 Oktober 2011.
Angah pun ikut serta.
Emmm... sedapnya ayah.
Ucu Ewai sponsor kami makan KFC perisa baru sebelum berangkat terbang. "Untuk alas perut dalam pesawat..." katanya. Sebenarnya makan dalam pesawat telah pun kami tempah. Orang nak belanja makan... pulun ajelah.
Bersama isteri tersayang di dalam Balai Berlepas. Anak-anak pun ikut interframe sama. Jurugambarnya pula.... tak lain... Adam. Menggunakan kamera Angah Canon 50D.
Gambar-gambar di bawah ini pula projek Mahirah dan Adam. Aku tak tahu pun mereka berdua menyelinap di Balai Berlepas.









Boringnya menunggu.... asyik delay aje..... duit kita takleh delay pulak.....!





Adam nengajak aku bergambar di replika kuda kepang.



Galeri Foto bertemakan "Unggas".













"Ayah... rock ayah..." kata-kata anakku Adam.



Adam berposing.

Emmmm.... Teddy Bear ayah...











Fotografer cilik sedang bergaya. Akhirnya kami selamat berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak, pada jam 10:30 malam setelah delay hampir 2 jam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat