Islamic Widget

Khamis, 1 April 2010

Putera & Puteri Ku Melancong Ke Sarawak

Pada awal cuti penggal persekolahan yang lepas, seorang putera dan dua orang puteri ku telah menghabiskan cuti persekolahan mereka di Bumi Kenyalang. Puteri sulong ku yang masih belajar di Unimas telah menunggu mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Pada 12 Mac 2010 aku dan isteriku menghantar mereka bertiga di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai dan mereka berlepas ke Sarawak pada jam 6:05 petang. Mereka selamat sampai pada jam 8:20 malam.
Baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak. Kalau ikut peraturan mereka tidak boleh terbang ke Sarawak kerana mereka semua berumur bawah 18 tahun.
Kata orang kalau tidak bergambar di arca kucing ini, belum sampai Sarawak lagi.


Puteri Sulong ku; dialah yang melayan karenah adik-adiknya sepanjang masa mereka berada di Sarawak. Seminggu mereka berada di sana; habis semua makanan yang di simpan di dalam peti sejuk.


Sempat juga bermandi-manda di Taman Rekreasi Ranchan. Langkah-langkah keselamatan mesti diutamakan.


Asyik makan aje.
Dah macam budak sumo.
Putera bongsu ku memang manja dengan kakak-kakaknya.
Tengoklah si bongsu berpossing.


Indah dan nyaman.


Hah... dah naik; dah sejuk niii....
Main bowlinglah pulak.

Kakaknyalah entertain adik-adiknya.
Adam main bowling kat sini aje?
"Kak Mas, kenapa rambut kawan kak Mas macam rambut ayam?" Itulah dialog yang diucapkan ketika kali pertama bertemu dengan sahabat puteri sulong ku. Hai... Adam.... Adam......
Main pool pulak.....

Naik sampan di Water Front Kuching.

Tak pakai life jaket?













Mereka juga sempat melawat ke Muzium Arkeologi, Kuching.

Semoga kamu ke sini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan am.















Di dalam Perpustakaan Unimas. Anak-anak ku memang gemar ke perpustakaan semasa cuti persekolahan mereka.

Ole-ole dari Sarawak yang paling popular "Kek Lapis Sarawak". Anak-anak ku turut tidak melepaskan peluang membeli ole-ole ini untuk di bawa pulang ke Johor.
Wah besarnya kak Mas.
Di dalam kilang kek lapis Sarawak. Ramai golongan VIP dan artis dah sampai ke kilang ini.

Sempat lagi tengok wayang. Alice In Wonderland.

Hah... sebelum balik Johor kena gotong royong bersihkan rumah Kak Mas. Kau orang dah buat serak; sekarang cuci dan kemaskan balik.
Kak Mas tak ikut cuci ke?
Upah cuci.... Kak Mas bawa ronda-ronda.
Apa macam Mas? Penat tak, melayan adik-adik kamu? Hah... macam tulah ayah dan ibu melayan kamu dulu.
Dah genap seminggu di Sarawak, kini tibalah masa untuk balik ke Johor. Cuti sekolah dah nak tamat. 19 Mac 2010 tamatlah percutian anak-anak ku di Sarawak.
Kak Mas, Adam boleh tinggal sini tak? Adam nak belajar kat sini. Kat sini pun ada sekolah macam sekolah Adam.
Perut Adam buat hal. Buang air dan muntah-muntah.
Adam kurang ceria sebab kurang sihat.
Ishh... ishh... makan lagi...

Sampai masuk hidung?
Bye Kak Mas, nanti kalau cuti sekolah kami datang lagi. Penuhkan dulu peti sejuk dengan makanan baru kami datang... hah... hah... hah...
Tepat jam 9:15 malam anak-anak ku selamat sampai di Senai. Aku dan isteri menunggu mereka di Balai Ketibaan dan terus pulang ke rumah.

1 ulasan:

  1. jempot singgah tgk craf.. tgglkn jejak..

    http://sayunk.blogspot.com/

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat