Cuti Disember 2008, aku berkesempatan membawa family ku ke Paya Jaras, Bandar Baru Sungai Buluh, Serdang dan Putra Jaya. Sebenarnya perancanganku hingga ke Tanjung Karang tetapi oleh sebab teknikal aku terpaksa batalkan percutianku ke Tanjung Karang.
Selain itu termasuklah Saudara Solahuddin sekeluarga (dah pindah balik Kedah) Kak Rosni sekeluarga (juga dah balik Kedah), Kak Rohana Sekeluarga (Bandar Baru Sg. Buluh), Kak Ana & Abang Sharp sekeluarga dan Abang Wari sekeluarga.
Bergambar kenangan bersama anak saudara serta cucu saudara di hadapan bangunan kerajaan di Putera Jaya.
(keras aje possingnya macam orang berkawat)
Puteriku Mahirah
Putera Bongsuku Adam Shah
Cantik beg tangan
Kedua orang puteriku Mas & Eqah
Bersama isteri tercinta
Jika dahulu aku disumbatkan maklumat sejarah, sebut sahaja Kuala Lumpur maka terpacullah nama Yap Ah Loy tetapi kini sebut sahaja Putera Jaya maka sinonimlah dengan nama Mahathir Mohamed (wah... bangganya aku)
Sekitar Tasik Putera Jaya.


Walaupun lawatan kami ke Putera Jaya tidak menyeluruh tetapi memadailah.
Hari berikutnya pula aku membawa familyku melawat ke Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan. Ini merupakan lawatan peribadiku kali ke-2, sebelum ini aku pernah ke sini pada tahun 1985 (masih bujang) bersama rakan serumah semasa menuntut di Key El dulu. Kali ini aku bersama family pula. Seronok melihat gelagat anak-anakku. Banyak persoalan yang dikemukakan oleh mereka. A..ku..... layaannn ajee...
Dari jendela istana.

Kawasan Taman Istana.
Gambar kenang-kenangan di dalam istana.
Bilik Beradu.
Ruang Santap.





Turun tangga dari tingkat atas.
Bergambar kenangan di ruang santap di raja.

Ruang pameran istana

Bergambar kenangan di hadapan istana. 

Bergambar kenangan bersama isteriku di perkarangan Istana Seri Menanti. 
Kenderaan Rasmi Keluargaku. Banyak jasanya. Tak pandai meragam, petrol pun jimat; boleh bawa kami lebih jauh (lebih km). Walaupun hanya van pasar malam tapi aku berbangga menjadi tuannya. Alhamdulillah syukur dengan nikmat Allah. Sekurang-kurangnya kenderaanku tidak pernah menyusahkanku. Start, jalan, Insya Allah sampai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan