Islamic Widget

Jumaat, 18 Disember 2009

Selamat Hari Lahir Putera Ku

Pada 12 Disember 2009, sekali lagi putera sulongku menyambut hari kelahirannya. Tahun ini di sambut secara sederhana sahaja dan di perkarangan rumahku sahaja. Tahun lepas grand sikit sambut kat KLCC. Tahun ini ekonomi kureeennggg... sikit so ala kadar ajelah.
It alright and no sweat kerana anak bujangku ini memang simple aje orangnya. Ini pun dah kira ok sebab semua ahli keluarga ada bersama. Itu lebih penting.
Yang tua ni menyebok sikit sebab masa hari lahirnya, dia berada di Sarawak so ni kira back dated birthday untuknya jugak ..... payah .....

Sebab tu pada kek harijadi ni ada dua nama (itu pun kalau you all perasan).




Sederhana tetapi tetap meriah.

Tunggu kamera murah snap.... uh, lambat...


Ade ke patut di paksanya adik dia makan, tercekik kawan tuu... Hai tulah anak-anak....
Sebenarnya mereka berdua memang akrab sejak sedari alam kanak-kanak lagi. Si kakak akan memastikan lampin adiknya sentiasa kering, kalau basah aje maka terjeritlah memanggil ibunya untuk disalinkan dengan yang kering.
Kalau possing mesti nak berdua.
Dah besar nak jagi pendekar. Gara-gara meminati filem Pendekar Bujang Lapok. Hari-hari dipasangkan tape VHS cerita berkenaan. Waktu itu mana ada VCD mahupun Astro.
Sambut harijadi pun nak sama-sama, dari kecil sampai ke dah tua...
Sewaktu sibuk menghantar putera ku menjalani PLKN di Gunung Benom Resort, Bentong, Pahang.
Segak jugak ehh...
Bersama Pegawai & jurulatih PLKN Gunung Benom Resort.
Masa mula-mula bertemu aku tak perasan itu anak bujang ku, sebab putih...
Baru 6 minggu tinggal di gunung dah putih.
Selamat Hari Lahir Putera Ku
Tuntutlah ilmu sebagai bekalan di dunia dan di akhirat.
Ayah sentiada mendoakan kejayaan kamu.
(Tu, yang cakap kuat-kuat bukan marah, nasihat...)

Isnin, 14 Disember 2009

Lia Dalam Kenangan

Hasfahliza Binti As'at atau lebih dikenali dengan nama Lia dalam keluarga kami, telah di panggil Illahi pada jam 6:30 petang 26 Dzulhijah 1430 bersamaan 13 Disember 2009.
Walau pun di zaman dewasanya aku kurang bertemu dan berbual tetapi masih dalam ingatanku semasa Lia berusia 1 tahun, akulah tempatnya sering bermanja. Ke mana sahaja aku pergi pasti Lia akan mengekoriku. Sememangnyalah aku memang suka mendokongnya.
Kali terakhir aku berbual panjang bersama arwah ialah pada majlis hari keluarga di Melaka, Oktober lepas. Melihat gelagat anak bongsunya, sempat aku bercerita perilakunya sewaktu masih kecil seusia anaknya.
Hidup itu harus, mati itu pasti.
Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan kembali kepadaNya.
Al-Fatihah

Hasfahliza Binti As'at
11 Mac 1976 - 13 Disember 2009

Rabu, 9 Disember 2009

My Spy

Sempena cuti persekolahan tahun ini kami sekeluarga merancang menonton Senario di pawagam, setibanya di Jusco Tebrau, tayangan Senario akan dimulakan jam 6:15 ptg. Oleh itu kami mengambil keputusan menonton My Spy pada jam 3:20 ptg.
Ambil gambar sebelum masa tayangan tiba.


Selepas tayangan, keluar dari pawagam.


My Spy memang 'best giler'. Aku ketawa sepanjang cerita ditayangkan.

Umm... Doughnut.
Dia orang mencekik tak ajak aku pun... sampai hati...
Sempat juga tengok baju dan seluar di BritishIndia (boleh sambar sehelai dua).
Malang tak berbau, cermin van ku tiba-tiba meletup (setelah berusia 10 tahun). Kira ok lah tu.

Aku gantikan dengan cermin double layer kena RM 400.00.
Anak-anakku sangat gembira bila dibawa makan angin. Lebih-lebih lagi bertemu dengan sepupu mereka.





Aku makan roti kaya aje...

Mereka berkaraoke sesama sepupu

Adaptasi dari salah satu scene My Spy (dalam peti dingin)
(Kau ada rasa suam-suam tak?)

Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat