Islamic Widget

Jumaat, 25 November 2011

Akhirnya Yang Dinanti Dah Tiba

Semalam aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon. 'Yang' aku nanti-nantikan telah selamat tiba ke Malaysia. Hatiku mula berdebar-debar.... bagaimanakah wajahnya? Tepatkah pilihan hatiku itu? Tidur malam yang selama ini diulit mimpi indah bersamanya kini telah menjadi kenyataan. Hari ini aku sekeluarga telah pergi ke Kluang untuk melihatnya sendiri buat pertama kalinya.
Orang yang pertama melihat kelibatnya dari kejauhan adalah isteriku dan disusuli oleh puteri ke dua ku. Itu dia..... ayah. Mana? tanyaku lagi..... Tuuu dari jauh dah dapat melihat kelibatnya. Hatiku tambah berdebar..... sesampainya ke destinasi..... tuuu diaaa, betul-betul berada dihadapanku..... sesungguhnya dia memang KACAK.
























Adam... dah tak sabar nak bawanya pulang... tapi aku masih boleh bersabar.... takkan lari gunung yang dikejar....

Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat