Islamic Widget

Selasa, 31 Mei 2011

Alumni Ex-MPT KL 83-85

Mengimbas kembali 25 tahun yang lalu, disinilah titik permulaannya aku bergelar sebagai seorang pendidik. Tanpa rasa kekurangan yang mana rakan-rakanku yang lain ke pusat pengajian tinggi. Tempat ini bukanlah pilihan terakhir destinasi kerjayaku. Tidak seperti kata-kata yang lain "maktab perguruan adalah pilihan terakhir bagi mereka". Sesungguhnya bidang perguruan merupakan salah satu daripada cita-citaku demi mendidik anak bangsa. Pada usia semuda 19 tahun aku mengorak langkah ke dunia perguruan.
MPT @ TTTC tetap di hati.
Jarak dan waktu yang memisahkan kami selama 25 tahun dapat kami atasi. Hari ini 29 Mei 2011 menjadi sejarah dalam lipatan hidup kami. Walaupun bilangan ahli yang dapat hadir hanya 20 orang tetapi ia tidak mematahkan semangat kami untuk berkumpul dengan lebih ramai lagi di masa akan datang, InsyaAllah.
Acara memotang kek simbolik kiambang bertaut kembali, seperti sirih pulang ke gagang.

Wakil daripada rakan guru wanita pula.

Suasana menyambut kepulangan setelah 25 tahun terpisah.

Saudara Zailani Abdullah antara tulang belakang program ini.
Tak ketinggalan juga senior kami Tn. Hj. Helmi Zakuan bin Haroon Fahmie.
(antara "pereging" terkenal masa aku di tahun pertama..... ha ha ha ..... dah haji rupanya kau yek Mie).
Antara rakan maktab Hj. Azami, Isa, Razak, Hj. Wan Mazlan & Yassin.

Dulu anak orang.... sekarang mak orang.
Room mate aku Ahmad Zamri bersama isteri. Bilik kami C09 setelah aku berpindah dari C07 (bilik ni takde kunci, radio kaset aku kene rembat masa senior pergi latihan mengajar) Room mate aku di C07 ialah Rosli Ahmad dari Kluang yang popular dengan nama Hj. Blues.
Siti Amnah Sahran bendahari kita.
Majlis turut memberi peluang kepada rakan-rakan menceritakan pengalaman hidup selepas meninggalkan MPT.

Barisan rakan MPT yang hadir serta ahli keluarga yang turut serta.
Semoga program & perjumpaan seperti ini dapat di rancang serta diteruskan untuk masa akan datang...... HIDUP MPT.
(Perancangan awal seterusnya di Lumut, Perak pada bulan Disember)

Sabtu, 21 Mei 2011

Kursus Latihan 1Malaysia Bengkel Fotografi Intensif & Penataan Cahaya Potret Di Lokasi Bersama Ted Adnan

20-21 Mei 2011, aku menyertai satu kursus berkaitan pencahayaan fotografi bersama seorang guru penataan cahaya yang tersohor di bumi Melayu ini iaitu Saudara Ted Adnan. Kursus selama dua hari ini dianjurkan oleh Kolej Komuniti Rompin, Pahang.
Cikgu Ted Adnan sempoi aje orangnya dan sangat mudah didekati dan disenangi.
Kaedah penyampaiannya mudah difahami tambahan pula dengan dibantu dengan peralatan pencahayaan.
Setiap teori yang disampaikan pasti disertakan sekali dengan tunjukcara.
Mudah faham....
Komen serta tunjuk ajar secara langsung di lokasi.
Takde reflector..... kertas putih pun boleh.
Cikgu Ted kata "Untuk mengurangkan kesan bayang, subjek perlu berada rapat kepada dinding".
Hanya guna satu reflector dan satu lampu denyar untuk shot ini.
Tapi cikgu kata fail... sebab tangan terpotong.
Peserta tekun mendengar tunjuk ajar Cikgu Ted.
Bagi shot ini aku mendapat pujian dari Cikgu Ted........yes, lulus.
Guna teknik satu reflector dan pencahayaan sedia ada (tingkap besar).
Cikgu bersama pembantu khasnya Saudara Yo Jie.
Outdoor.
Cikgu kata gagal sebab ada elemen putih yang mengganggu eye view serta corak (kedudukan) daun tak kemas. Fail.
200mm + f2.8....
Cikgu kata banyak gangguan latarbelakang..... tambahnya lagi.... lensa f2.8 tak menjanjikan boleh menyelamatkan foto kita...... fail lagi.
Hari ke dua di Pantai Lanjut, Rompin. Cikgu Ted sedang memberi arahan kepada para peserta kursus.
Cikgu Ted suka foto ini.... katanya elemen hijau di bawah menguatkan lagi jalan cerita foto ini....lulus.
Yo Jie in-action.
Direct flash.
Foto ini boleh diperbaiki dengan membuang (crop) imej biru di belakang.
Selepas "crop".
Cikgu Ted bertanya"Kenapa ambil gambar senget?"
Aku jawab "Supaya foto itu kelihatan luar dari kebiasaan...... dan lagi..... aku punya sukalah... gambar aku" (dialog ini dipinjam daripada kata-kata Cikgu Ted sendiri dalam ceramahnya sebelum itu) dan disambut dengan hilai tawa Cikgu Ted serta rakan sekursus yang lain......."Bagus, bagus, bagus" tambah Cikgu Ted lagi..... :-)
Tangan terpotong lagi...
So the solution is CROP.
Bagi foto ini Cikgu Ted mencadangkan dimanipulasi latar belakangnya kepada suasana kehidupan di Jepun.Foto terakhirku sepanjang masa berkursus.
Diruangan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Ted Adnan, Pengurusan Kolej Komuniti, Rompin, Saudara Yo Jie, En. Kasmara, Abang Bob dan lain-lain serta rakan sekursus sama ada kenalan lama atau baru kerana memberi kesempatan kepada saya mengenali anda semua, semoga bertemu kembali di lain-lain kursus demi minat yang sama.
Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat