Islamic Widget

Jumaat, 25 November 2011

Akhirnya Yang Dinanti Dah Tiba

Semalam aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon. 'Yang' aku nanti-nantikan telah selamat tiba ke Malaysia. Hatiku mula berdebar-debar.... bagaimanakah wajahnya? Tepatkah pilihan hatiku itu? Tidur malam yang selama ini diulit mimpi indah bersamanya kini telah menjadi kenyataan. Hari ini aku sekeluarga telah pergi ke Kluang untuk melihatnya sendiri buat pertama kalinya.
Orang yang pertama melihat kelibatnya dari kejauhan adalah isteriku dan disusuli oleh puteri ke dua ku. Itu dia..... ayah. Mana? tanyaku lagi..... Tuuu dari jauh dah dapat melihat kelibatnya. Hatiku tambah berdebar..... sesampainya ke destinasi..... tuuu diaaa, betul-betul berada dihadapanku..... sesungguhnya dia memang KACAK.
























Adam... dah tak sabar nak bawanya pulang... tapi aku masih boleh bersabar.... takkan lari gunung yang dikejar....

Selasa, 25 Oktober 2011

25 Oktober 2011 - Selamat Tinggal Bumi Kenyalang

Hari terakhir kami di Bumi Kenyalang. Di Balai Menunggu untuk berlepas pulang ke Johor Bahru (Gate 1).
Ayah... Adam ada gaya macan artis tak? Bisik anak ku Adam. Aku dan isteri cuma ketawa sahaja.



Pesawatku telah tiba.



Gunung Santubung dari udara. Cuaca kurang baik, berawan.






Selamat tinggal Borneo.

Hujan...

Kabin pesawat.





Di atas Laut China Selatan.


Bumi Johor dari udara.

Kawasan Perindustrian Senai.

Landing time...




Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai, Johor.





Di Balai Ketibaan.










Menunggu bagasi.


Sekian perjalanan kami sekeluarga ke Sarawak selama 6 hari 5 malam.

Isnin, 24 Oktober 2011

24 Oktober 2011 - Kek Lapis & Tembak Gambar

Dalam Unit Jualan di kilang kek lapis Sarawak.
Berhadapan kilang kek lapis adalah sungai yang menghadap Bandaraya Kuching.




Ambil kesempatan bergambar keluarga.
Cuaca cerah sesuai untuk landscape.

Laluan pulang ke rumah sewa.

Sempat beli buah langsat Indon..... peniaga ini buka gerai di kawasan bulatan...... Boleh berniaga di sini? Kalau di Semenanjung dah lama pihak 'Majlis' angkut....

Di atas jambatan gantung di UniMAS.





Malam terakhir kami sekeluarga di Bumi Kenyalang.

Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat