Islamic Widget

Ahad, 31 Oktober 2010

Sukaneka & Pantai Rekreasi Tanjung Resang

Hari Minggu 31 Oktober 2010, aku mengambil kesempatan untuk bersama anak-anak dan isteri bersantai keluarga. Kebetulan pada sebelah paginya sekolah putera bongsuku ada menjalankan program Sukaneka anjuran PIBG SRJK (C) Pai Chee bersama Majlis Daerah Mersing. Walaupun kami sekeluarga tidak mengambil bahagian tetapi atas dasar semangat kesukanan kami hadir untuk memberi sokongan moral.
Acara Ayam Bertelur.

Letih juga nak tunggu ayam sudah bertelur.


Acara larian kaki tiga antara ibu atau bapa bersama anak.

Macam kes dera pun ada.
Pertandingan mengisi air.



Para petugas dan pengadil tekun memerhati.


Adam Shah bersama rakan persekolahannya.



Disebelah petangnya kami ke kawasan perkelahan yang baru iaitu Pantai Rekreasi Tanjung Resang.
Terus main pasir.







Kelihatan beberapa buah pulau yang berdekatan.





Kawasan pantai ini kelihatan sedikit berteluk tak ubah seperti Pantai Air Papan.
Bila senja mula berlabuh, kami sekeluarga pulang ke rumah.

Ahad, 24 Oktober 2010

Family Day 2010 at Duta Village Beach Resort

Pada tarikh 23 & 24 Oktober 2010, saya serta keluarga berehat sambil bersantai ke Negeri Pahang pula. Kali ini bertempat di Duta Village Beach Resort, Pantai Balok, Beserah, Kuantan, Pahang.
23 Oktober 2010 kami bergerak dari Bandar Mersing tepat jam 8:20 pagi.
Singgah sebentar di Pekan, Pahang untuk berehat seketika.

Anak-anak turut berehat sama.

Destinasi seterusnya ialah Mini Zoo Taman Teruntum.
Mencari tempat untuk berteduh seketika.

Masih sempat menghayun buaian.

Ayah lapar, jom pergi makan. Kami sekeluarga makan tengah hari di Tanjung Api, masakan ala orang Pahang.
Selepas makan tengah hari di Tanjung Api, destinasi kami seterusnya ialah Pantai Teluk Cempedak.
Ada sedikit kesan jerebu.


Kasut baru khusus untuk Family Day ini, Diadora, Nike, Adidas & Nike.
Berikut ini aksi-aksi menarik dari ahli keluarga kami.

Possing menarik dari 3 anak-anak saya.



Adam dengan 'Adidas'nya.






"Ayah, bila nak pergi resort ni?" runggut anak-anakku.







Dataran Pantai Teluk Cempedak.


Menuju ke pakir kenderaan setelah puas berada di Pantai Teluk Cempedak.
Destinasi kami seterusnya ialah Duta Village Beach Resort.

Kami sampai di resort ini tepat pada jam 2:20 petang, melakukan pendaftaran dan mendapatkan kunci bilik.

Pintu masuk ke Duta Village Beach Resort ada pengawal keselamatan.

Pemandangan di hadapan chalet penginapan kami.

Nombor chalet penginapan kami. Di bilik ini juga pernah menjadi lokasi penggambaran drama Puteri Albino yang sedang di tayangkan di RTM 2.
Adam bersiap untuk makan malam selepas terjun kolam sebelum itu.

Lokasi makan malam kami di Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuantan. Jaraknya dari tempat penginapan ialah 15 km.
Menu kami terdiri dari Ikan Siakap Bakar Petai, Sotong Celup Tepung, Lala Masam Manis, Sayur Kailan Ikan Masin, Tomyam Ayam campur Cendawan, Kerabu Mangga, Telur Dadar, Keropok Lekor, Nasi Putih, Buah Tembikai dan Jus Nanas.
Tepat jam 7:30 malam, kami bergerak pulang ke resort setelah perut kenyang.

24 Oktober 2010 tepat jam 5:45 pagi, lokasinya di Pantai Balok di hadapan chalet penginapan kami, melihat panorama matahari terbit di ufuk timur. Saya tidak melepaskan peluang merakamnya di lensa.



Pemandangan Duta Village Resort dari pantai.


Isteri dan anak saya turut tidak melepaskan peluang untuk beriadah ringan di waktu subuh menyingsing ini.


Kelihatan semakin ramai orang berkunjung ke pantai apabila hari semakin siang.


Setelah bersenam, Adam mula mencari umang-umang di pantai.




Sang Suria mula menunjukkan dirinya pada jam 7:07 pagi.

Antara lanskap resort.

Masa untuk terjun kolam.........

Jomlah ayah mandi..... pujuk anak-anak.

Masih sempat betulkan rambut si bujang kecil ni.



Kolam yang ini tidak boleh digunakan kerana baru sahaja dirawat.

Ramainya pengunjung resort.



Jam 1:00 tengah hari kami makan sebelum check out untuk pulang ke rumah. Dua orang anak bujang kami.



Adam dapat hadiah dari kelab.
Mahirah pun dapat hadiah dari kelab.

Adam tidak pernah menyertai acara pakaian beragam sebelum ini. Ini merupakan penampilannya yang bertama. Oleh kerana rasa ingin tahu yang sangat tinggi, dia menawarkan diri untuk menjadi salah seorang peserta. Walaupun tidak menang tetapi dia mendapat satu pengalaman baru pada hari tersebut. Syabas Adam kerana berani mencuba dan berani kehadapan. Bukan mudah untuk berhadapan dengan audian.

Aksi Adam di pentas pakaian beragam.
Dengan aksi itu maka berakhirlah aktiviti hari keluarga kami sambil berehat di Duta Village Beach Resort, Kuantan. Kami mula bergerak pulang ke Mersing pada jam 2:20 petang dan selamat sampai di Mersing pada jam 5:45 petang.

Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat