Islamic Widget

Ahad, 20 Jun 2010

Bersantai Di Pantai Tanjung Resang

Hari terakhir cuti persekolahan kali ini, aku membawa familiku ke pantai Tanjung Resang untuk bersantai bersama mereka selepas makan kenduri kahwin. Kebetulan minggu terakhir cuti persekolahan ini aku tiada job, so inilah peluang aku untuk bersama-sama mereka.
" Ibu, Adam nak rasa sikit aje air ni, bolehkan?" kata-kata putera bongsuku memujuk bondanya.
Possing berlatar belakang Gunung Arong.
Wah! seronoknya mereka.
Akhirnya Adam dapat terjun ke laut selepas memujuk ibunya.
" Adam jommmm!!!" teriak kakaknya.
Akhirnyaaaaa...
Punyalah suka sampai terlompat-lompat.
" Yehhh... Ayah, tengok Adam, macam burung terbang..." "Yalah tuu...." jawabku.
Masih cantik dan bersih pantai ini. Ombaknya pun tidak besar. Sesuai untuk kanak-kanak bermain air laut.
Possing sikit.
Juga sesuai untuk aktiviti kayak.
Puas main di air, main pasir pantai pula.
Isteriku cuba menggunakan kameraku dan inilah hasilnya. Okey boleh tahan juga.
Sekarang giliran puteriku yang ke tiga pula. Dia pun berminat dalam bidang fotografi selain bidang katering.
Posse menarik dari puteriku. Jari tunjuk 4 tu macam nak mintak 4 orang ibu. Sekarang ni baru ada seorang aje ibu, heeee..... heeee...... Jangan marah ehhh..
Yeahhhhh....

Macam 'P. Ramlee' tengah datang ilham.

Kat belakang tu macam nak terbang aje...
Gayut Yang... gayut... jangan tak gayut. Kang patah dahan tu...
Cari air minuman pula setelah puas berendam dalam air. Bukan main susah untuk diajak pulang. Walau bagaimanapun masing-masing bergembira. Sepanjang perjalanan pulang putera bongsuku tak henti-henti menyanyikan lagi Selamat Pengantin Baru..... (maklumlah musim orang buat kenduri kahwin)

Sabtu, 12 Jun 2010

Polis Trafik, Van Pasar Malam & Aku

Jam 8:45 pm berdering telefon rumahku. Di dalam hati, aku telah mengagak ini tentu panggilan puteriku yang berada di rumah ibu mertuaku. Memang sah, dia meminta aku menjemputnya untuk pulang ke rumah. Aku berkata kepadanya “Kejap ya Dek, ayah nak siapkan kerja ayah sikit aje lagi ni, Jap lagi ayah ambik Adik”, kataku kepadanya. ‘Adik’ itulah panggilannya di rumah walaupun sebenarnya dia bukanlah anak bongsuku.

Jam 9:05 pm aku bergerak ke rumah ibu mertuaku dengan kenderaan rasmiku iaitu sebuah van, Nissan Vanette.

Setibanya di Jalan Endau sekitar kawasan Mersing Kanan, aku terdengar desiran motosikal di sebenah kiri kenderaanku. Dalam hati aku berkata “Motor ni kalau nak memotong janganlah sebelah kiri, ikutlah kanan... tak tau undang-undang ke? Nanti kalau tergesel aku juga yang susah...” Tiba-tiba desiran di kiri kenderaanku tadi sudah beralih sebelah kanan pula. Makin lama, semakin kuat. Dalam hati aku berkata lagi “Lah... kalau nak potong; potong ajelah kenapa ikut aku....”

Aku tak sedap hati lalu menoleh ke kanan. Terperanjat aku. Rupanya motosikal yang sedang “menghambat” aku rupanya seorang anggota polis trafik bermotosikal (sebenarnya 2 orang, yang sorang lagi ikut di belakang van aku). Aku lihat wajahnya garang semacam. Aku bertanya sambil kenderaanku masih lagi bergerak “Kenapa Encik?” Dia memandang aku dengan wajah yang garang.... dan tanpa menjawab. Kemudian aku bertanya lagi, kali ini dengan nada yang lebih kuat lagi... maklumlah takut kalau-kalau dia tak mendengar kerana pakai topi keledar. "Kenapa Encik?" Aku tengok muka dia dah berubah.... macam orang blur aje... Kali ini baru dia jawab “Berhenti kat depan sana”, dia mengarahkan. Sebelum itu aku sempat melihat speedometer kenderaanku, 45kmj. Aku pun memberi isyarat ke kiri sambil memperlahankan kenderaan aku dan berhenti di depan Masjid Kg. Sri Lalang. Kebetulan jemaah masjid baru keluar dari solat Isyak maka ramailah yang memerhati.

Setelah kenderaan aku berhenti, aku bertanya lagi kepada anggota polis trafik berkenaan dengan soalan yang sama “Kenapa Encik?” Aku tengok muka dia blur aje. Dia jawab “Takde apa, pemeriksaan biasa aje.” Jawabnya ringkas. Aku naik pelik; nak kata aku bawa laju.... tidak; nak kata lampu kenderaan terbakar.... pun tidak; nak kata aku tak pakai tali pinggang keledar.... pun tidak; nak kata aku langgar lampu isyarat... pun tak jugak. Aku tengok muka polis tu macam orang nampak hantu. Aku pun heran apa kesalahan lalu lintas yang aku langgar?

Aku pun bertanya kepada dia “Encik nak tengok lessen?” (sepatutnya dia yang tanya aku – Mintak lessen Encik – ayat biasa polis di sekatan jalan raya). Ini aku pulak yang offer. Dia jawab “Boleh jugak?” Akupun menunjukkan lessen berserta ic aku sekali. Dia tanya aku “Bawak pelancong ke?” Aku jawab “Hah!? Bawak pelancong? Takde Encik.” Dalam hati aku berkata lagi, jangankan pelancong, beg pelancong, malah selipar pelancongpun aku tak pernah bawak. Dia membawa lessen dan ic aku ke belakang van sambil berbincang sesuatu dengan rakan setugasnya. Sambil itu dia menjengok ke dalam van aku. Aku buat deeeq aje.

Lebih kurang 3 minit selepas itu, dia ke depan semula. Dia bertanya lagi “Itu beg apa tu?” Aku jawab ringkas “Beg kamera.” Dia Tanya lagi “Beg apa?” Aku jawab “Beg kamera.” Dia pun berkata “Ooo cameraman...” Aku mengiakannya. “Ooo ambil gambar pengantinlah ni...?” Aku jawab “Ya, Encik.” Anggota polis itu bertanya lagi "Tinggal kat mana?" Aku menjawab "Mersing Kecil, tu dalam ic ada tulis" sambil menunjukkan cetakan alamat. Dalam hati kecilku berdetik 'Tak tau baca kaa?' Kemudian anggota polis trafik tersebut memulangkan lessen dan ic aku seraya berkata “Okeylah jalan...” Aku pun mengucapkan terima kasih lalu bergerak menuju ke destinasiku.

Sekarang baru aku perasan, anggota trafik ini sudah salah sangka. Patutlah kali pertama aku tengok muka dia garang semacam, kali ke dua aku tengok muka dia macam muka orang nampak hantu – blur aje. Sekarang ni musim cuti sekolah, di daerah aku pada musim ini dan hujung minggu ramai pelancong yang datang. Anggota trafik ini sangkakan aku membawa pelancong secara haram. Almaklumlah bawak van malam-malam ke arak Kuantan pulak tu.

Inilah... nak pakai kereta, anak ada 5 orang, tak selesa jalan jauh; jadi pakailah van pasar malam yang boleh muat 8 orang tapi nampak macam bawak pelancong pulak (nak pakai Estima atau Alphard - tak mampu). Yalah aku ni jenis familyman. Kalau nak keluar, aku lebih gemar membawa seluruh anggota keluargaku. Seronok kan jalan-jalan dengan anak-anak dan isteri...

Walau macam manapun aku mengucapkan selamat bertugas kepada semua anggota polis trafik. Musim cuti sekolah ni tentu banyak kenderaan di jalanraya. Kalau ada polis trafik yang meronda tentu pemandu-pemandu gila dan pemandu-pemandu maut ada rasa segan sikit... kan... kan...
Kepada semua pembaca blogku ini,
Memandulah secara berhemah & bersabar.
Utamakan Keselamatan Anda Dan Keluarga Anda Di Jalanraya.

Rabu, 9 Jun 2010

Adam & Ibu Ke Sarawak

Hari ini 09 Jun 2010 jam 8:15, aku bergerak dari rumah kediamanku ke Senai untuk menghantar isteri serta puteraku Adam yang akan melancong ke Sarawak. Adam begitu teruja sekali kerana cuti persekolahan ini, sekali lagi dia akan ke Sarawak untuk bertemu kekandanya di sana.

11 Jun 2010: Putera bongsuku ini memang 'macal' sikit. Bila ditinggalkan sorang-sorang, adalah perkara yang akan dilakukannya. (Shoot foto sendiri dalam kamar kandanya) 12 Jun 2010, Adam & isteriku mula bersiar-siar di sekitar WaterFront Kuching.

13 Jun 2010, berekreasi di Taman Rekreasi Ranchan.
Ini merupakan kali ke-2 Adam ke sini.
Sejuk, nyaman & hijau.
Seronok bermandi manda di sini.
Lama berendam main air; perut pun lapar - tunggu burger masak.
Berjalan di jambatan gantung.
15 Jun 2010, cari ikan terubuk masin.
Bersia-siar di Bandaraya Kuching.
(Tempat posing wajib kalau ke Sarawak)
Di Muzium Serawak.
Sebelum pulang ke Johor, beli sedikit ole-ole dari Sarawak; Kek Lapis Sarawak.
16 Jun 2010: Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, sebelum berlepas pulang ke Johor.

Sayang sangat adinda dia yang sorang ni, sampai semua kehendak dilayan.
(Kalau aku, aku buat deeq aje. Biarpun dia anak bongsu; aku layan anak-anak aku 'sama rata, sama rasa')
Aku terima SMS daripada isteriku yang menyatakan pesawat yang dinaikinya akan "delay"; tapi tak tahu berapa lama. Walau bagaimanapun Adam & isteriku selamat sampai di Johor. Mereka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail pada jam 1:15 tengahari.
Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat