Islamic Widget

Rabu, 27 Mac 2013

23-26 Mac 2013 Trip to PD - CH - Lumut - TI

Tahun lepas kami bercuti rehat di Pantai Timur (Pahang dan Terengganu)... tahun ini destinasinya ke Pantai Barat pula.
 Homestay di Port Dickson - Rumah Teres 2 Tingkat; 5 Bilik. Waktu malam kami ber"BBQ" - Ayam, Pari, Udang & Otak-otak Johor.




 Ke Cameron Highland, kami ikut jalan lama Tapah - Tanah Rata; perghhh.... dengan driver sekali boleh mabuk darat.... Pemandangan dilaluan berkenaan sememangnya cantik...tetapi rasanya lepas ni dah tak nak ikut jalan itu lagi.
 Kami sewa 2 buah apartment 3 bilik di Brinchang. Sebelah malamnya ada pasar malam yang menjual pelbagai macam juadah, sayuran dan cenderamata. Isteriku belikan akau sepasang T-Shirt Cameron sebagai kenangan....
 Berposing di Ladang BOH Teh.









Bersama menantu dan besan dari Sarawak


Biras dan adik iparku
 





 Di Kebun Strawberry.... petik sendiri.... macam kebun bapak kita punya.... 



 Limau kahwin.... ermmm manis; 3 kilo RM20.00.

Rehat sebentar di Kebun Strawberry bersama menantu dan besan.
 Rehat sebentar sebelum bergerak ke Lumut.
Bersama menantu dan adik iparku
Anak saudaraku dari JB.
Orkid...

Puteri Bongsu ku di Kebun Orkid.

 
 Di Lumut sewa 2 buah apartment 3 bilik..... harga makanan masak di Lumut amat murah, kualiti masakan makanan memang terbaik... sedappp....


 Bukit di tepi apartment yang kami sewa.
 Di Bandar Lumut.... cantik dan bersih.... sesuai sebagai bandar istirehat dan pelancongan. Berhenti sebentar membeli ole-ole dari Lumut. Sayang sedikit harga hasil laut agak mahal jika dibandingkan di kampung halaman ku Mersing, Johor.















 Dalam perjalanan pulang ke Johor singgah sebentar di Menara Condong, Teluk Intan, Perak.







Baju ACHAR di Menara Condong, Teluk Intan Perak.







Satu lagi detik percutian bersama keluarga yang amat menyeronokkan.... Tahun hadapan akan dirancang lagi.... Ke mana?.... Belum diputuskan lagi.... Yang utama kumpul fulus dahulu untuk percutian di tahun hadapan.

Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat