Islamic Widget

Khamis, 29 April 2010

Selamat Hari Lahir Sayang

Setelah menyambut hari kelahiranku pada 13 April lalu kini tiba tarikh kelahiran orang yang aku cintai iaitu isteriku.

Walaupun majlis ini diadakan secara sederhana tetapi aku serta isteriku cukup gembira kerana kesemua cahaya mata kami ada bersama untuk meraikannya. Acara memotong kek. Majlis ini ditaja oleh dua orang anak kami iaitu puteri dan putera sulong kami. Jam tangan ini adalah hadiah daripada putri sulong kami.
Bila berkumpul begini, inilah peluang kami suami isteri berborak dan mengetahui perkembangan pembelajaran dan aktiviti mereka.
Makan 'time'. Masing-masing tak sabar-sabar untuk menjamu selera. Gembira aku melihat mereka semua. Terasa mereka masih di alam kanak-kanak lagi tetapi masa begitu cepat berlalu. Inilah hasil perkongsian hidup kami selama 24 tahun.

Teringat masa berdating dulu-dulu....
Selamat hari lahir sayang semoga Allah S.W.T. mengurniakan kepadamu usia yang panjang, kesihatan yang baik, diluaskan pintu rezeki serta mendapat keredhaannya dan diterima sebagai ahli syurga.

Selasa, 13 April 2010

Semangat 46

Hari ini genaplah usiaku 46 tahun. Syukur Alhamdulillah, aku masih diberi pinjaman olehNya. Pahit, manis dan getir dalam menjalani hidup ini, aku lalui dengan tabah dan redha akan kekuasaan & ketentuanNya. Ujian demi ujian aku lalui. Susah dan senang aku harungi jua. Terima kasih aku ucapkan kepada teman setia hidupku. Tanpa dikau mungkin hidupku lebih goyah lagi. Kau sanggup bersamaku dalam kesusahan mahupun dalam kelapangan.
Program hari ini dirancang secara rahsia oleh isteri dan puteriku yang ke tiga.
Inilah wajah teman setia dalam hidupku. Susah dan senang, kami harungi bersama.
Putera Bongsu ku, Adam menyanyikan lagu selamat hari lahir dalam bahasa Manderin.
Aku juga ada menerima SMS selamat hari lahir daripada putera dan puteriku yang berada di KL dan Samarahan. Tidak ketinggalan juga daripada adindaku Hjh. Rahmah dari Temerloh.
Terima kasih di atas ingatan kalian semua.
Kuey Teow Sup, salah satu makanan kegemaranku.
Buat zuriat-zuriatku, kenangkanlah kami semasa hidupmu, semasa hari tua kami dan semasa ketiadaan kami di dunia ini lagi. Hanya doa-doa daripada kalian semua yang akan membantu kami di sana nanti.
Aku turut berdoa, akan ada lagi sambutan hari lahir buatku untuk tahun-tahun mendatang. Amin.

Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat