Islamic Widget

Sabtu, 6 Februari 2010

7 Februari Penuh Memori

Bulan Februari banyak meninggalkan kenangan indah dalam hidupku. Mungkin secara kebetulannya tarikh 0702 ini membawa pengertian dan perubahan besar dalam hidupku.
Di tarikh ini juga adik iparku Hamdan Abdullah menyambut tarikh kelahirannya. So kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Lahir, Selamat Panjang Umur serta dilimpahi rezeki melimpah ruah dan hidup berbahagia bersama isteri tercinta (adik akulah tu).

Possing gaya seorang Y.B atau Tokoh Korperat?

Bergambar semasa menyambut Aidilfitri.

Gambar candid semasa Hari Keluarga Haji Ramli Hj Othman di Melaka.

Bersama putera sulongku Ahmad Shah. Masa tu dia baru berusia 3 tahun. Sekarang dah boleh jadi driver pak ciknya pula.Tu kat belakang yang inter frame tu, siapa lagi, kakaknyalah.

Gambar Aidiladha 1995. Baby yang di dukong tu dah form 4 sekarang.

Sedang melayan anak tunggalnya, Siti Fatimah.

Bersantai di Zoo Truntum, Kuantan. Teringat semasa arwah ayahandaku masih ada; selalu kami bawanya ke sini makan sea food celup tepung. Sejak dia tiada, kami pun tak makan sea food celup tepung lagi di sini.

Possing tetap gaya 60an.

Adik iparku ini memang suka melayan karenah anak-anak buahnya.

Lah... gaya 60an lagi...

dan lagi...

Menyampaikan cenderamata semasa Hari Keluarga di Melaka.

Semasa bercuti rehat di Grand Blue Wave, Johor Bahru. Cuti Tahun Baru Cina 2005.

Gambar kenangan di atas bot, pulang dari Pulau Tioman 2005 selepas kami bercuti rehat di Sun Beach Resort.

Sedang minum petang. Gambar kenang-kenangan bersama Arwah Ayahanda ku, Hj. Ramli Hj. Othman.
Seperti yang aku nyatakan sebelum ini, Februari banyak meninggalkan kenangan dalam hidupku. Di bulan ini juga aku bertemu dengan dara pujaanku.
Tarikh 7 Februari aku bertemu dengan.... (Tak boleh kata awek aku lagi sebab belum conform lagi dapat).
Awek mana pulak nii... anak sapalah nii... jalan sorang-sorang...

Aku usha awek ni, sampai dapat foto ini.

Sampailah aku berjaya bawa awek ni jumpa mak aku. Mak aku beri green light, so apa lagi gigillah aku. (Kena kumpul duit - nak pinang anak orang).

Persahabatan aku dengan awekku ini direstui oleh kedua-dua orang tua ku serta kedua-dua orang tuanya.

Tengah zaman bercinta. Best giler... Dia sayang aku, aku pun sayang giler kat dia. Kalau tak dapat mau mati beragan...

Akhirnya awek ku ini sah menjadi isteriku. Kami di ijab kabulkan pada jam 10:00 pagi; 31 Disember 1985 oleh Kadi Besar Daerah Mersing. Majlis persandingannya pula pada 1 Januari 1986.
Nantikan sambungan ceritaku ini; belum habis lagi...
BERSAMBUNG......

Related Posts with Thumbnails

Buku Pelawat